Dapatkan Kontraktor Autogate Dipercayai Untuk Baiki Autogate Anda
Selamat Petang. Kami dihubungi customer daripada Subang Jaya yang menggunakan dnor 712autogate system. Dari apa yang customer beritahu, autogate ini baru sahaja dipasang dalam 1 tahun lebih dan ada masalah autogate tak boleh buka. Customer beritahu kami, dia tidak tahu siapa yang pasang autogate tersebut sebab dia pasang pagar sekali dengan autogate dnor 712. Sudah hubungi gate contractor dan mereka tidak pasti autogate installer mana yang mereka ambil untuk pasang autogate tersebut, mereka sub pada kontraktor lain untuk pasang autogate. Sekarang yang susah adalah customer.
Semua customer tidak kira masalah autogate apa yang dihadapi, kami akan cuba membantu dan berikan penyelesaian terbaik. Selepas lakukan pemeriksaan, kami dapati autogate control board telah rosak dan lebih mengejutkan lagi, ini bukan autogate board yang baru, mereka telah gunakan auto gate board terpakai. Lagi satu autogate battery pun tiada tapi customer beritahu dalam pakej autogate ada. Patutlah masalah power trip, autogate tak boleh buka. Sekarang apa yang kami boleh lakukan, menggantikan dnor 712 autogate motherboard baru original dan pasangkan high quality autogate battery. Kamilah yang akan menjaga autogate customer ini jika berlaku apa-apa masalah lagi.

Kontraktor Autogate Subang Jaya
Autogate Baru Dipasang Rosak Dan Autogate Installer Tidak Dapat Dihubungi
Bila autogate buat hal, memang langkah pertama yang kita akan fikir adalah cari balik pemasang asal. Lagi-lagi kalau autogate tu masih dalam tempoh waranti, tentu kita nak elakkan kos tambahan. Tapi masalahnya, ramai yang cuma simpan nombor telefon tanpa tahu nama syarikat, alamat, atau rekod kerja mereka. Bila dah tak dapat hubungi, memang pening nak cari jalan. Sebab tu sebelum pasang autogate, buat sikit “homework” tentang siapa pemasang tu, apa produk yang mereka guna, dan macam mana sokongan selepas jualan mereka. Masa awal mungkin rasa tak penting, tapi bila autogate rosak, barulah terasa betapa susahnya kalau maklumat tiada.
Kalau keadaan jadi macam tu, kita memang terpaksa cari kontraktor lain untuk tolong periksa atau baiki. Jadi, sangat penting untuk pilih kontraktor yang betul-betul boleh dipercayai dan ada pengalaman luas dalam autogate. Jangan hanya pilih sebab harga murah, tapi tengok juga rekod kerja, pengalaman, dan apa pilihan alat ganti yang mereka tawarkan. Kontraktor yang berpengalaman biasanya boleh kesan punca masalah dengan lebih cepat, dan tak bagi kita tunggu lama.
Salah satu pilihan yang ramai pengguna autogate cadangkan ialah Kedai Autogate, sebab mereka dah lama beroperasi sejak tahun 1996. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pemasangan dan pembaikan autogate, mereka memang biasa dengan pelbagai jenis sistem dan masalah. Jadi kalau autogate tiba-tiba tak berfungsi atau perlukan servis, mereka boleh bantu dengan lebih cekap dan profesional. Pendek kata, kalau nak elakkan pening kepala bila autogate bermasalah, pastikan pilih pemasang yang berpengalaman dan senang dihubungi bila diperlukan.

Dnor Autogate Services Subang Jaya
Best Autogate Brand 2025 – Tronica®
Adalah lebih baik anda mencari installer autogate anda sendiri, jika minta orang yang lain yang carikan, mereka juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada masalah autogate yang berlaku. Sekiranya anda perlukan pemasangan autogate baru, dapatkan jenama autogate terkenal Tronica® autogate system yang dipasang oleh syarikat autogate yang dipercayai. Tronica® sistem autogate yang tahan lama dan spare parts autogate diberikab juga baru serta original.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment