Autogate Installer Tak Dapat Cari? Mari Kedai Autogate Yang Jaga Autogate Anda
Kamilah yang menjaga autogate customer di Kajang ini setelah original autogate installer hilang, tidak dapat dihubungi. Ini masuk kali ke kedua kami baiki autogate customer. Pertama dulu kami datang dalam tahun lepas untuk menggantikan auto gate remote set yang didatangi dengan 433 autogate remote receiver dan 3 unit autogate remote control. Ingat lagi masa itu customer urgent perlukan servis baiki autogate Kajang kerana sangkut dalam rumah autogate tak boleh buka dan customer hanya menggunakan autogate remote control untuk buka dan tutup pagar. Kami terus datang untuk bantu customer.
Sekarang ini untuk kali keduanya customer ada masalah autogate tak boleh buka. Setelah lakukan pemeriksaan, kami dapati S1 swing autogate control panel rosak. Kali ini kami menggantikab beberapa autogate parts, iaitu autogate control panel, autogate bateri dan kotak autogate kerana sudah lama. Semuanya kami boleh terus gantikan dengan autogate spare parts yang kami bawa.

Kontraktor Baiki Autogate Kajang
Kontraktor Baiki Autogate Kajang Yang Dipercayai
Ramai customer yang hubungi kami sebenarnya bukan dari pemasangan asal kami pun. Mereka call sebab installer lama dah tak dapat dihubungi, ada yang dah berhenti buat kerja autogate, ada yang tak ada spare parts, dan ada juga yang memang tak nak bantu customer sendiri. Bila jadi macam ni, customer memang buntu sebab autogate rosak bukan benda yang boleh tunggu lama. Sebab tu kami sentiasa sedia bantu sesiapa sahaja, tak kira siapa pasang dulu. Apa masalah autogate pun, kami akan cuba selesaikan.
Kami memang faham bila autogate rosak, hidup jadi tak selesa. Nak keluar masuk rumah pun susah, terutama kalau hujan, tengah rushing, atau ada orang tua dan anak kecil dekat rumah. Itu sebabnya kami utamakan penyelesaian yang cepat. Bila customer call, kami akan terus arrange datang buat checking dan repair. Matlamat kami senang saja datang, check, dan settle hari yang sama. Tak nak buat customer tunggu sampai berhari-hari.
Salah satu sebab kami boleh selesaikan masalah dengan cepat adalah kerana kami sentiasa bawa ready stock autogate spare parts. Ramai repairman datang cuma buat checking tapi tak ada spare parts, jadi customer terpaksa tunggu lagi beberapa hari. Tapi dengan kami, kalau arm rosak, motor lemah, board burn, atau roda patah, kami boleh terus tukar on the spot. Lagi cepat settle, lagi kurang pening kepala customer. Sebab tu ramai yang akhirnya terus jadikan kami kontraktor tetap mereka untuk repair dan servis autogate.
Kedai Autogate Berikan Servis Yang Cepat Dan Berkesan
Sekiranya nak servis autogate yang betul-betul cepat dan berkesan, memang kena pilih orang yang dah lama dalam bidang ni dan tahu selok-belok semua masalah autogate. Kami di Kedai Autogate memang fokus untuk bagi servis terbaik kepada pelanggan, sebab tu setiap kali buat kerja, kami hanya guna spare parts autogate yang baru dan original sahaja. Bila guna barang yang tulen, autogate bukan saja tahan lebih lama, tapi juga kurang risiko rosak berulang-ulang. Jadi, anda tak perlu risau pasal kena tukar barang setiap kali autogate buat hal.
Kami juga mahir membaiki pelbagai jenis autogate arm, sama ada swing arm autogate, folding arm autogate atau jenis lain. Setiap masalah autogate yang anda hadapi, kami akan cuba selesaikan dengan cepat dan teliti. Kalau perlukan tukar parts, kami boleh buat on the spot sebab kami memang sentiasa bawa stok spare parts yang lengkap. Yang penting, anda dapat servis cepat, masalah selesai, dan autogate boleh berfungsi macam biasa semula tanpa tunggu lama-lama.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment