OAE Autogate Tidak Boleh Buka – Autogate Board Dengan Remote Receiver Punca Masalah
Selamat Petang. Kami dihubungi customer daripada Seksyen 9 Shah Alam yang ada masalah oae autogate tidak berfungsi secara tiba-tiba ada customer tidak boleh keluarkan kereta, sangkut didalam rumah. Sebenarnya orang pertama yang dihubungi apabila autogate tak boleh dibuka adalah original auto gate installer tapi mereka tak dapat datang segera lagipun tiada autogate spare parts untuk terus baiki autogate tersebut. Disebabkan urgent, customer cari auto gate service repair near me dan jumpa kami Kedai Autogate.
Kami datang melakukan autogate checking, apabila buka sahaja autogate pvc box tengok ada cicak mati pada belakang autogate control dan itulah puncanya autogate board rosak terbakar. Customer juga beritahu, remote autogate sebelum ini juga tidak berfungsi dengan baik, kena pergi dekat dengan autogate barulah boleh buka tetapi guna autogate switch dalam rumah tiada masalah. Setelah diperiksa, ia berpunca daripada autogate remote receiver. Penyelesaiannya kami gantikan dengan high quality autogate control board serta 433Mhz remote autogate set, satu receiver 3 pcs remote control. Swing oae autogate pun berfungsi dengan baik dan customer pun boleh keluarkan kereta. Kurang daripada 40 minit sahaja servis baiki autogate yang kami lakukan. Customer pun puji cepat, autogate spare parts semua ada.

OAE Autogate Repair Shah Alam
Masalah OAE Autogate Selesai Pada Hari Sama Kami Dihubungi
Masalah pada autogate control panel atau motherboard autogate memang kerap berlaku kepada pengguna autogate. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan PCB board rosak, antaranya serangga seperti cicak atau semut masuk ke dalam board, terkena kilat, masalah trip, voltan elektrik tidak stabil, wiring rosak, penggunaan motherboard tidak original atau autogate yang sudah lama digunakan. Semua faktor ini boleh menyebabkan sistem autogate gagal berfungsi secara tiba-tiba.
Apabila autogate control panel rosak, autogate biasanya terus tak boleh buka atau tutup. Dalam situasi ini, sebaiknya elakkan cuba baiki sendiri kerana boleh menyebabkan kerosakan jadi lebih teruk. Hubungi kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian yang betul. Kami sentiasa membawa bersama pelbagai spare parts autogate, jadi kebanyakan masalah boleh diselesaikan terus semasa lawatan dibuat. Prosesnya cepat, mudah dan berkesan.
Kami menyediakan spare parts autogate yang baru dan original seperti autogate control panel PCB board, arm autogate DNOR, push button, transformer 230V, remote control, center locking safety, receiver, rubber stopper, heavy duty DC motor dan banyak lagi. Dengan stok yang lengkap, kami boleh terus ganti komponen yang rosak tanpa perlu tunggu lama. Itulah sebabnya kebanyakan masalah autogate pelanggan kami dapat diselesaikan pada hari yang sama.

Autogate Motherboard Repair Shah Alam
Servis Baiki Autogate Kami Cepat Dan Berkesan
Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman sebab mudah untuk mengenalpasti setiap masalah autogate yang anda hadapi. Autogate spare parts pun kami akan bawa tersaa termasuk set sistem autogate baru Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dan Tronica® 929 Arm Autogate System.
Kami menawarkan servis baiki autogate termasuk baiki remote autogate, repair autogate control panel, baiki autogate cannot open, pemasangan autogate Tronica®, penggantian roda autogate, dan banyak lagi. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp juga dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.
Leave A Comment