Legate Autogate Rosak & Tiada Spare Parts?
Selamat Pagi. Hari ini kami dihubungi oleh customer dari Ampang yang menghadapi masalah dengan legate system mereka. Salah satu motor autogate dah tak berfungsi, jadi pagar hanya boleh buka sebelah sahaja. Dari apa yang customer cerita, masalah ni dah berlaku lebih kurang seminggu dan sepanjang tempoh tu customer cuba hubungi syarikat asal legate dari Ipoh, tapi langsung tak dapat respon. Bila sistem legate autogate dah lama tak diservis atau dibuat maintenance, memang risiko untuk rosak tu sangat tinggi.
Sebenarnya, kes macam ni bukan pertama kali kami jumpa. Ramai juga customer lain yang gunakan legate system hadapi masalah yang sama motor rosak sebelah, autogate tak boleh buka, masalah autogate control board dan bateri. Tapi malangnya, untuk legate system ni kami memang tak boleh buat repair sebab spare parts dia dah susah nak dapat dalam pasaran. Jadi walaupun kami nak bantu baiki, memang agak terhad dari segi penyelesaian.
Disebabkan itu, biasanya kami akan cadangkan untuk tukar kepada sistem autogate baru yang lebih reliable dan senang dapat spare parts. Antara pilihan yang kami selalu recommend adalah Tronica®-828HD Arm Autogate System dan Tronica®-929HD Arm Autogate System. Kedua-dua model ni memang terbukti tahan lama, mudah maintain dan banyak digunakan oleh customer sekarang sebagai pengganti kepada sistem lama seperti legate.
Ini Sebab Ramai Tukar Ke Sistem Baru Tronica®
Untuk kes customer di Ampang ni, akhirnya mereka buat keputusan untuk tukar terus kepada Tronica®-828HD Arm Autogate System. Mereka dah penat nak buka tutup pagar secara manual setiap hari dan tak jumpa solution untuk baiki sistem lama. Selepas pemasangan dibuat, autogate kembali berfungsi dengan lancar dan lebih senang digunakan tanpa masalah.
Dari pengalaman kami, mana-mana sistem autogate kalau tak buat maintenance memang akan mula bermasalah selepas beberapa tahun. Tapi ada juga sistem yang lebih tahan dan mudah dijaga. Sebab tu kami selalu sarankan pilih autogate yang ada sokongan autogate spare parts dan servis autogate yang mudah. Kalau anda sekarang guna legate system dan dah mula ada masalah, mungkin dah sampai masa untuk tukar kepada sistem baru yang lebih praktikal dan tak menyusahkan di kemudian hari.
Dapatkan Tronica® Autogate Untuk Tukar Autogate Anda
Anda pengguna autogate legate system? Juga ada masalah? Anda tidak keseorangan, memang hampir setiap hari kami menerima panggilan customer yang ada legate autogate problem. Ada customer yang minta untuk legate system maintenance, legate system service repair dan legate system replacement, maksudnya tukar kepada sistem autogate baru yang sesuai dengan dipasang untuk pintu pagar legate. Kami hanya berikan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah autogate anda.
Tronica® Autogate mempunyai reputasi kukuh di Malaysia kerana kebolehpercayaannya. Jenis swing arm autogate motor, Tronica® direka untuk kekal tahan lama, memastikan prestasi jangka panjang. Autogate Tronica® direka untuk menangani hujan, jadi autogate anda akan berfungsi, hujan atau panas. Dengan Tronica® Autogate, anda tidak perlu risau tentang membaikinya yang kerap dan tidak memerlukan autogate maintenance.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment