Baiki Autogate Tak Boleh Tutup Dan Betulkan Roda Autogate Di Ampang

 

Selamat Pagi. Kami baru-baru ini dihubungi oleh seorang customer dari Ampang yang mengalami masalah dengan autogate mereka. Customer memberitahu bahawa autogate tak boleh tutup dan customer tidak boleh kemana-mana kerana masalah dengan autogate nya dan perlukan penyelesaian autogate dengan cepat. Lagi malang customer tidak dapat menghubungi original auto gate installer KL. Itu yang customer cari reliable autogate repair near me dan jumpa kami.

Setibanya kami di lokasi, kami segera menjalankan pemeriksaan dan mendapati bahawa autogate control panel memang telah rosak. Lampu yang tidak menyala adalah petunjuk jelas bahawa panel tersebut tidak berfungsi dengan baik. Setelah berbincang dengan pelanggan, kami mencadangkan untuk menggantikan panel tersebut dengan autogate control panel berkualiti tinggi. Dengan persetujuan pelanggan, kami terus menggantikan panel yang rosak dan melakukan ujian untuk memastikan autogate berfungsi semula dengan baik. Pelanggan berpuas hati dengan servis kami, dan autogate mereka kini beroperasi seperti baru.

 

Folding Autogate Arm Repair Ampang

Folding Autogate Arm Repair Ampang

 

Roda Autogate Juga Bermasalah Dan Kami Betulkan

 

Semasa kami menjalankan ujian selepas membaiki autogate, kami mendapati roda autogate melompat keluar dari trek, yang menyebabkan autogate tidak dapat berfungsi dengan lancar. Customer memberitahu bahawa masalah ini sering berlaku dan mereka sudah cuba menghubungi kontraktor pintu pagar (gate contractor) untuk membaikinya, namun sudah beberapa kali mereka menunggu tanpa mendapat layanan yang memuaskan. Situasi ini membuatkan pelanggan semakin risau kerana autogate mereka terus menghadapi masalah yang sama. Oleh itu, kami segera mencadangkan untuk menggantikan roda autogate tersebut dengan roda yang lebih berkualiti.

Kami menawarkan penggantian roda autogate dengan stainless steel auto gate roller wheels yang lebih tahan lama dan kuat. Roda jenis ini sangat sesuai untuk digunakan dalam sistem autogate kerana ia lebih tahan terhadap cuaca dan penggunaan yang berterusan. Selain itu, kami juga menggunakan teknik yang betul dalam pemasangan untuk memastikan roda tersebut terpasang dengan sempurna pada trek autogate. Pelanggan sangat berpuas hati dengan servis yang kami berikan, kerana masalah autogate mereka akhirnya dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Kini, autogate mereka berfungsi dengan lancar dan pelanggan tidak perlu lagi risau tentang roda yang melompat keluar dari trek.

 

Folding Auto Gate Roller Repair Ampang

Folding Auto Gate Roller Repair Ampang

 

 

Mencari Kontraktor Baiki Autogate Terbaik Di Lembah Klang

 

Kami berpengalaman lebih 27 tahun dalam membekal autogate, pemasangan autogate dan membaiki pintu pagar automatik di Lembah Klang. Pelbagai servis autogate sama ada pada bahagian autogate system yang kami tawarkan antaranya baiki autogate tak boleh buka, baiki motherboard autogate, baiki autogate remote, folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, baiki sliding autogate motor, welding services for autogate dan bahagian pagar kami lakukan auto gate roller replacements, repair gate bearing, betulkan trek autogate serta banyak kali.

Dengan kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru Tronica® Autogate customer akan segera hubungi kami.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu

Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp:
www.wasap.my/60182079198

Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU