Swing Autogate Tak Boleh Buka – Kami Baiki Dengan Segera

Selamat petang! Cerita customer ni memang biasa kami dengar – dah call original installer, tunggu sampai tiga hari tapi masih tak muncul-muncul. Bila tanya, ada saja alasan diberi. Sementara tu, customer terpaksa park kereta kat luar rumah, redah hujan, buka pagar manual… memang menyusahkan. Bayangkan tiap-tiap hari nak keluar masuk rumah, kena buka pagar secara manual pula tu dalam hujan. Bila installer asal cakap tak boleh datang langsung, barulah customer nekad cari servis autogate lain. Lepas buat carian dan baca review, dia rasa paling yakin nak hubungi Kedai Autogate sebab katanya servis kami memang ramai yang puas hati.

Lepas kami habis servis di Shah Alam, terus kami gerak ke rumah customer. Bila sampai, kami terus buat pemeriksaan lengkap dan sah – autogate control board memang rosak, sebab tu sistem langsung tak berfungsi. Nasib baik kami memang sentiasa bawa spare part lengkap dalam van, jadi tak perlu tunggu hari lain. Kami terus tukar board baru, setup dan test sistem – tak sampai satu jam semua settle. Customer boleh guna autogate macam biasa semula dan paling penting, tak perlu tunggu hari-hari lagi macam kes sebelum ni. Customer sangat lega dan puas hati dengan servis pantas kami, dan katanya harga pun berpatutan. Inilah sebabnya ramai pilih kami – cepat, terus buat, dan jujur.

Baiki Autogate Shah Alam

Baiki Autogate Shah Alam

Servis Autogate Cepat Dan Berkesan

Betul sangat tu, bila autogate rosak, ia memang boleh ganggu rutin harian. Bayangkan tengah hujan lebat atau tengah malam, tiba-tiba autogate tak boleh buka. Nak keluar kerja susah, nak masuk rumah pun terpaksa turun buka pagar manual. Benda macam ni memang boleh buat stress, lebih-lebih lagi kalau tiada bantuan segera. Sebab tu kami di Kedai Autogate sangat faham keadaan pelanggan dan kami sentiasa cuba respon secepat mungkin bila dapat panggilan kecemasan macam ni. Kami tahu bila autogate rosak, pelanggan perlukan bantuan segera – bukan kena tunggu sampai esok atau minggu depan.

Kami akan terus datang ke lokasi dan lakukan pemeriksaan penuh dengan semua spare parts yang lengkap dalam van. Jadi kalau perlu tukar board, remote, arm, atau motor sekalipun – kami boleh terus buat pada hari yang sama. Tak perlu pening kepala nak cari alat ganti sendiri atau tunggu technician ulang-alik datang berkali-kali. Dengan pengalaman kami bertahun-tahun dalam servis autogate, kami tahu apa yang perlu dibuat dan bagaimana nak pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar. Hubungi saja Kedai Autogate bila ada masalah, kami sedia bantu – cepat, mudah dan berbaloi.

Swing Autogate Repair Shah Alam

Swing Autogate Repair Shah Alam

Pasukan Autogate Pakar Dan Spare Parts Tersedia

Semua spare parts autogate baru dan original yang diperlukan semua kami ada seperti auto gate control panel pcb board, d’nor auto gate motor arm, arm auto gate dc motor, auto gate push button, autogate power voltage transformer 230V, auto gate remote control 3 pcs, auto gate center locking safety, autogate remote control, autogate remote receiver, auto gate rubber stopper, dan macam-macam lagi. Kalau kami buat service auto gate repair, anda boleh tengok van service kami penuh dengan spare parts atau anda boleh ke Kedai Autogate untik melihat jenama autogate terbaik KRON Autogate.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu

Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198

Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU