Masalah Underground Autogate? Kami Ada Spare Parts & Penyelesaian Terbaik!

Selamat petang! Baru-baru ini kami dihubungi oleh seorang customer dari Bukit Jelutong yang mengalami masalah dengan underground swing autogate jenama Victor di rumahnya. Customer beritahu yang dia dah hubungi beberapa autogate repairer sekitar Bukit Jelutong, tapi semua bagi jawapan sama – mereka tak buat servis untuk sistem underground autogate, dan tak ada spare parts yang sesuai. Customer pun jadi buntu, sebab tak tahu nak cari siapa lagi yang boleh bantu selesaikan masalah ni.

Nasib baik, di Kedai Autogate kami memang lengkap dengan pelbagai jenis spare parts, termasuk untuk sistem lama macam underground swing autogate. Kami masih simpan alat ganti untuk banyak jenama yang dah tak aktif di pasaran tapi masih digunakan seperti Victor, Mag, Good 1, Techno, Elock, DKC, CPT, X Gate, Powergates, Li Gates, Comex, Supermax, Radion, BCM, Baxter dan banyak lagi. Antara spare parts yang kami ada termasuk underground DC motor, gearbox, gear, stopper, lock, transformer dan juga control panel – semua ready stock!

Swing Autogate Installation Bukit Jelutong

Swing Autogate Installation Bukit Jelutong

Underground Autogate Terlalu Lama Dan Rosak – Adakah Berbaloi Untuk Dibaiki?

Kami faham masih ramai yang pakai sistem underground ni sebab dulu memang popular, lebih-lebih lagi bila orang nak sistem autogate yang tak nampak motor dari luar. Tapi bila sistem dah lama dan selalu rosak, kos repair jadi makin tinggi. Sebab tu kami bukan sahaja baiki, tapi juga akan beri cadangan terbaik ikut keadaan autogate anda. Bila kerosakan dah kritikal, kadang-kadang lebih baik tukar ke sistem baru daripada terus habiskan duit repair yang tak tahan lama.

Untuk kes customer dari Bukit Jelutong ni, selepas kami explain keadaan sistem underground dia dan pilihan yang ada, customer sendiri yang buat keputusan untuk tukar terus ke sistem baru yang lebih moden dan mudah dijaga. Kami cadangkan Tronica® Swing Arm Autogate System, yang memang dah terbukti tahan lama, sesuai untuk cuaca Malaysia, dan tak ada masalah kebocoran air seperti sistem underground. Tambahan pula, spare parts untuk Tronica memang mudah didapati, jadi kalau ada servis di masa akan datang pun tak susah.

Sekarang, rumah customer tu dah pun guna sistem Tronica dan semuanya berjalan lancar. Customer pun berpuas hati sebab dah tak perlu risau tentang gate tersekat, motor tenggelam air, atau susah nak cari spare parts. Jadi, kalau anda pun guna underground autogate lama, dan sering alami masalah, boleh mula pertimbang untuk tukar ke sistem lebih moden dan tahan lasak. Nak tahu lebih lanjut atau tengok sendiri demo? Jemput hubungi kami atau datang ke showroom autogate kami hari ini!

Promosi Tronica® 929 Arm Autogate System

Ramai customer sangat berpuas hati dengan prestasi autogate Tronica®. Yang membuatkannya lebih gembira ialah autogate Tronica® sedang mengadakan promosi istimewa pada masa ini, jadi salah seorang mendapat tawaran yang hebat. Ini bermakna pelanggan dapat menikmati semua manfaat autogate dengan harga yang lebih rendah, yang menjadikan pilihan ini lebih berbaloi.

Jadi apa yang anda tunggu lagi, cepat hubungi Kedai Autogate untuk dapatkan harga autogate promosi untuk Tronica® 929 Arm Autogate System sama ada untuk kali pertama pemasangan ataupun menggantikan autogate lama anda yang rosak. Kedai Autogate menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk memasang autogate baru anda dengan betul bagi prestasi yang optimum, semuanya pada harga autogate murah yang munasabah. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di 018-207 9198 or via WhatsApp at www.wasap.my/60182079198 dan kami di YouTube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.