Buka Cover Underground Autogate Penuh Dengan Air
Hai semua. Kami dihubungi customer daripada Kelana Jaya untuk lakukan Comex underground autogate service sebab sebelah swing autogate underground hanya buka separuh sahaja, jadi susah untuk keluarkan kereta. Tambahan Comex underground autogate itu pun sudah lama, hampir 13 tahun dan tengok keadaan cover juga sudah tahu. Dari masalah underground swing autogate yang customer beritahu kami sudah boleh agak apa puncanya. Buka sahaja underground autogate motor cover, ianya penuh dengan air dan telah merosakan underground autogate gearbox. Tengok sahaja keadaan seperti itu, customer tanya masih boleh dibaiki? Jika ingin baiki, fikirkan mengenai spare parts dan harga baiki autogate underground adakah berbaloi. Kami juga ada syorkan pemasangan autogate baru. Jadi kami terangkan dengan detail mengenai masalah, produk, pemasangan dan harga.
Setelah itu, customer buat keputusan untuk dapatkan sistem autogate baru, swing arm autogate system iaitu Tronica-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Itu adalah keputusan yang paling tepat. Dengan pemasangan autogate baru, ia akan memberi ketenangan kepada anda tanpa memikirkan masalah autogate lagi.

Pasang Autogate Di Kelana Jaya
Kos Baiki Underground Autogate Lama Sangat Tidak Berbaloi
Kebanyakan masalah yang berlaku pada underground autogate sebenarnya berpunca daripada kemasukan air ke dalam komponen utama seperti motor dan gearbox. Oleh kerana sistem ini dipasang di bawah tanah, ia memang lebih terdedah kepada kelembapan, air hujan dan takungan air. Bila ada bahagian yang longgar, seal rosak atau kotak underground sudah tidak rapat, air akan mudah masuk dan menyebabkan komponen dalaman cepat rosak. Bila ini berlaku, autogate akan jadi berat, pergerakan tidak lancar atau langsung tidak boleh berfungsi.
Untuk underground autogate yang sudah lama digunakan, kos pembaikan selalunya tidak lagi berbaloi. Mula-mula mungkin hanya satu bahagian rosak, contohnya sebelah kanan, tetapi tidak lama kemudian bahagian sebelah kiri pula akan bermasalah. Ini biasa berlaku kerana keseluruhan sistem sudah usang dan komponen dalamannya tidak lagi efisien. Akhirnya, customer terpaksa baiki berkali-kali dan kos yang dikeluarkan menjadi semakin tinggi tanpa jaminan autogate boleh tahan lama selepas dibaiki.
Selain itu, spare parts untuk underground autogate lama kini semakin sukar untuk diperoleh. Kebanyakan pengeluar autogate sudah beralih kepada teknologi yang lebih moden dan tidak lagi mengeluarkan alat ganti untuk model lama. Ini menyebabkan harga spare parts menjadi mahal dan masa menunggu juga lebih lama. Dalam situasi seperti ini, menggantikan underground autogate lama kepada sistem autogate baru yang lebih moden, tahan lasak dan mudah diselenggara seperti Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica®-929 Arm Autogate System adalah pilihan yang lebih bijak dan menjimatkan dalam jangka panjang.

Underground Autogate Repair Kelana Jaya
Jenama Autogate Pilihan Ramai – Tronica® Autogate
Kami hanya membekalkan autogate terbaik dengan harga pemasangan autogate yang berpatutan dimana harga autogate rumah 2026 anda akan dapat jenama autogate terbaik 2026 seperti Tronica® Arm Autogate System. Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, Kedai Autogate adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Kami cover pemasangan dan baiki autogate di seluruh Selangor dan KL.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment