Servis Kali Kedua OAE 333A Di Puchong – Tukar 1 Unit Arm Autogate

Hai semua. Baru-baru ini kami dipanggil semula oleh customer di Puchong yang pernah guna servis kami sebelum ini. Dua tahun lepas, kami dah bantu repair OAE autogate mereka bila motherboard rosak sebab installer asal tak ada spare parts. Kali ini, customer hubungi kami lagi sebab OAE 333A stainless steel arm autogate sebelah kanan pula rosak dan tak boleh berfungsi dengan baik. Disebabkan pengalaman lepas yang memuaskan, mereka terus call kami tanpa fikir panjang bila ada masalah baru.

Selepas pemeriksaan dibuat, memang sah satu unit arm lama dah sampai masa untuk diganti. Kami ada spare parts untuk tukar satu unit sahaja, tapi bila kami tunjuk pilihan terbaru iaitu Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate, customer jadi lebih berminat untuk upgrade terus dua-dua arm. Design Tronica® 828 lebih kurang sama dengan arm asal OAE, nampak kemas dan sesuai dengan pagar sedia ada. Dari segi kualiti pun memang kukuh, malah harganya sedikit lebih rendah berbanding model asal. Selepas siap pasang dua unit arm Tronica®, memang nampak lebih cantik, lebih solid dan customer pun puas hati dengan pilihan yang dibuat.

Swing OAE Arm Autogate Repair Puchong

Swing OAE Arm Autogate Repair Puchong

Masalah Autogate Swing Buka Sebelah? Ini Puncanya & Cara Kami Selesaikan!

Pernah jadi bila nak keluar rumah, tekan remote tapi autogate buka sebelah je? Memang boleh buat panik, lagi-lagi kalau kawasan depan rumah sempit dan kereta tak boleh lepas. Masalah macam ni selalu berlaku pada jenis swing autogate bila salah satu arm dah lemah, gear haus atau motor rosak. Kadang-kadang dah panggil installer asal pun masih tak selesai, sebab punca sebenar tak diperiksa betul-betul. Kalau dah kerap jadi macam ni, memang elok periksa awal sebelum rosak terus dua-dua belah.

Kalau anda guna OAE 333A atau model swing autogate OAE lain, memang kami biasa handle kes macam ni. Kami ada pengalaman baiki model ini dan spare parts pun memang ada stok. Kalau rosak satu arm sahaja, tak perlu tukar satu set baru. Kami boleh ganti satu unit yang rosak dan pastikan ia serasi dengan sistem sedia ada. Semua part yang digunakan adalah baru dan sesuai dengan spesifikasi model tersebut, jadi tak perlu risau tentang ketahanan atau isu tak ngam.

Bila team kami datang, kami akan buat pemeriksaan penuh dulu, kenal pasti punca sebenar dan terus baiki di tempat jika boleh. Kebanyakan kes boleh siap hari yang sama sebab kami memang bawa spare parts lengkap. Lepas dibaiki, autogate akan buka dua-dua sisi dengan lancar semula tanpa sangkut atau berbunyi pelik. Jadi anda boleh keluar masuk rumah dengan tenang, tak perlu lagi stres bila tekan remote tapi gate tak nak buka.

Servis Baiki Dan Pasang Autogate Terbaik Di Lembah

Jika anda telah memutuskan untuk memasang sistem autogate yang baru untuk rumah anda, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menyediakan pelbagai sistem autogate berkualiti tinggi, dan di antara ini, kami sangat mengesyorkan jenama autogate Tronica®. Ia terkenal dengan kebolehpercayaannya, harga autogate berpatutan, dan ketersediaan alat ganti yang mudah. Tronica® sesuai untuk pintu swing dan pintu lipat. Tronica® dc motor adalah kuat dan berprestasi tinggi, mampu mengendalikan pintu besar dengan mudah. Untuk maklumat lanjut mengenai sistem autogate Tronica®, sila hubungi 018-207 9198 sekarang.

Kami menyediakan autogate spare parts untuk pelbagai jenama autogate yang kami gunakan, termasuk Tronica®, KRON, FBM, OAE, DNOR, E8, Victor, MAG, GBA dan banyak lagi. Autogate spare parts yang kami sediakan adalah baru dan asli. Dengan ketersediaan autogate spare parts ini, kami dapat membantu pelanggan menyelesaikan masalah autogate dengan mudah, cepat, dan berkesan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu

Jacky Pan

Call: 018 – 207 9198
Whatsapp:
www.wasap.my/60182079198
Youtube:
https://youtu.be/fm2Itj0BsgU