Nak Tukar Arm Autogate Sahaja?
Hai semua. Kami menerima panggilan daripada customer dari Klang yang bertanyakan jika kami boleh gantikan arm autogate sahaja. Dari apa yang customer beritahu, kedua-dua arm autogate telah rosak mungkin akibat dilanggar tempoh hari. Selepas pagar autogate kena langgar, arm autogate masih lagi berfungsi cuma agak lemah, sekarang terus tak boleh dan kedua-dua arm autogate bahagian telah tercabut dan tidak boleh dibetulkan. Pada mulanya customer cuba hubungi original autogate installer tapi tak dapat. Sudah beberapa hari juga biarkan autogate rosak, akhirnya customer dapat hubungi kami, kawannya yang syorkan. Dimana semalam kami baiki dnor autogate tak boleh buka dan berpuas hati dengan servis kami, itu yang dia beritahu pasa kawan.
Seperti biasa kami minta hantarkan gambar autogate dan kami jujur pada customer yang kami tiada arm autogate spare parts yang sama tapi boleh guna jenama autogate lain dan autogate control box digunakan semula. Kami syorkan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dan setelah melihat gambar dan berikan harga Tronica® arm autogate, customer setuju. Sekarang kedua-dua arm autogate telah menggunakan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dan autogate parts lain seperti autogate control board, autogate transformer, remote autogate, bateri autogate serta kotak autogate. Semua proses berjalan dengan lancar.

Arm Autogate Repair Klang
Kami Boleh Tukar 1 Unit Arm Atau 2 Unit Arm Autogate
Ramai orang ingat bila autogate rosak, kena tukar satu set terus. Sebenarnya tak semestinya macam tu. Kalau control board, remote dan transformer masih dalam keadaan elok, selalunya anda cuma perlu tukar arm autogate sahaja sama ada satu unit atau kedua-duanya. Ini lebih jimat dan tak perlu ubah keseluruhan sistem. Di Kedai Autogate, kami memang biasa handle kes macam ni dan kebanyakan masa memang boleh settle dengan tukar arm sahaja tanpa ganggu komponen lain.
Kami juga sediakan pelbagai jenis spare parts autogate untuk jenama popular di Malaysia seperti Tronica®, Kron, FBM, Dnor, OAE, RDS, E8 dan banyak lagi. Kebanyakan jenama ni masih ada spare parts dan boleh diganti dengan mudah. Tapi ada juga kes di mana jenama lama dah tak keluarkan spare parts, jadi memang susah nak baiki. Dalam situasi macam tu, kami akan cadangkan untuk tukar arm kepada jenama lain yang lebih moden dan senang nak maintain di masa akan datang.
Antara pilihan yang selalu jadi pilihan customer ialah Tronica® Arm Autogate. Ramai yang suka sebab motor kuat, pergerakan lebih smooth, tak bising dan tahan lama walaupun guna setiap hari. Malah ada juga customer yang tukar ke Tronica® walaupun sistem lama masih boleh repair, sebab dah tak puas hati dengan prestasi lama yang selalu rosak atau bunyi kuat. Kalau anda pun ada masalah sama atau tengah fikir nak upgrade, boleh je hubungi kami. Kami akan bantu check keadaan autogate anda dan cadangkan solution paling sesuai ikut bajet dan keperluan rumah.

Replace Arm Autogate Klang
Hubungi Kami Untuk Semua Servis Autogate Yang Kami Lakukan
Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama.
Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu, sama ada masalah autogate arm, autogate tak boleh buka guna remote control, autogate pelaham, autogate buka separuh, autogate motherboard kena kilat, bracket autogate tercabutdan roda autogate lompat keluar dari trek. Dengan autogate team kami yang berpengalaman dan auto gate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.


Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment