Kontraktor Autogate Berpengalaman – Baiki Bearing Pagar
Selamat Petang. Servis kami diperlukan di USJ Subang Jaya untuk menggantikan gate bearing. Sebelum itu, customer ada beritahu kami dimana dia ada hubungi satu kontraktor autogate PJ dan customer sudah beritahu pagar swing nya jatuh sedikit yang menyebabkan pagar autogate tak boleh tutup habis. Melalui telefon, kontraktor tersebut cakap semua boleh buat dan apabila sampai dirumah customer dan dia periksa bearing pagar bermasalah tapi dia tak boleh buat sebab tak ada pengalaman, man power dan welding machine pun tak ada. Datang rumah customer tanpa bawa apa-apa, katanya dia part time buat autogate, baiki sikit-sikit. Dalam telefon cakap boleh buat itu ini, apabila sampai apa pun tak ada dan tetap minta cas datang rumah customer.
Itu yang customer hubungi kami Kedai Autogate, kawannya yang bagi contact number. Jadi kami supply and replace 2 units gate bearing untuk pagar sebelah kiri. Underground autogate customer masih lagi berfungsi. Kata customer, jika underground autogate rosak, akan hubungi kami untuk pemasangan Tronica® 929 Arm Autogate System.
Cara Menggantikan Bearing Pagar Swing
Apabila autogate anda mengalami kerosakan, sangat penting untuk memilih installer, repairer, atau kontraktor autogate yang benar-benar berpengalaman, pakar dalam bidang ini, dan mempunyai kelengkapan peralatan yang lengkap. Ramai pengguna terpedaya dengan tawaran harga murah daripada mereka yang hanya membuat kerja autogate secara sambilan atau part time. Hakikatnya, mereka ini biasanya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam, tiada latihan teknikal yang mencukupi, dan yang paling membimbangkan — tiada stok spare parts autogate yang sesuai. Ini boleh menyebabkan kerja tertangguh, masalah tidak diselesaikan sepenuhnya, atau lebih teruk lagi — sistem autogate anda menjadi lebih rosak. Oleh itu, elakkan risiko dengan mendapatkan servis daripada pasukan profesional yang benar-benar mahir dan boleh dipercayai.
Satu lagi aspek yang sering diabaikan ialah penggantian bearing untuk swing gate atau roda dan trek autogate, yang sebenarnya memerlukan kemahiran teknikal, pengalaman lapangan, dan tenaga kerja mencukupi. Ini bukan tugas yang mudah kerana ia melibatkan kerja-kerja berat dan teknikal seperti membuka lengan autogate, menyelaraskan kedudukan roda, serta memastikan track baru dipasang secara tepat agar tidak menjejaskan pergerakan autogate. Kebanyakan kontraktor atau technician baru dalam industri ini hanya tahu tentang pemasangan dan penyelenggaraan motor autogate sahaja, dan mereka tidak mempunyai kemahiran untuk melakukan kerja mekanikal pada struktur pagar. Sebab itu penting untuk pilih kontraktor yang menyediakan penyelesaian menyeluruh, bukan sekadar tukar motor — supaya apa pun kerosakan, semuanya dapat diselesaikan dalam satu masa dengan hasil kerja yang kemas dan tahan lama.
Penyelesaian Autogate untuk Semua Keperluan Anda
Tidak semua kontraktor autogate di Lembah Klang boleh repair autogate dan gate (bearing, roda, hinges, trek) Lebih baik panggil kontraktor yang tahu kesemua, yang menawarkan one stop autogate solution. Autogate memang kepakaran kami termasuk pasang autogate, baiki autogate, wiring autogate, tukar gate bearing, baiki roda autogate dan pasang trek pagar yang baru. Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup, juruteknik jurutera kami juga berpengalaman dan semua autogate spare parts serta peralatan kami ada.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Leave A Comment