Servis Baiki Autogate di Cheras – Masalah Arm Autogate Jenama Millie’s

 

Selamat Petang. Baru-baru ini kami terima panggilan dari seorang pelanggan di Cherasa, Kajang yang ada masalah dengan autogate di rumahnya. Dia beritahu hanya sebelah arm autogate saja yang rosak, jenis jenama Millie’s. Masalahnya ialah arm tersebut berpusing, tapi tidak keluar untuk tolak pintu pagar, jadi autogate langsung tak boleh buka seperti biasa. Yang lain semua masih berfungsi dengan baik, termasuk control panel dan remote. Tapi bila dia hubungi beberapa kontraktor autogate di Cheras, semuanya beri jawapan yang sama kena tukar satu set baru dan beritahu jenama Millie’s dah tak ada spare part lagi di pasaran.

Pelanggan ni pun rasa pelik sebab arm autogate Millie’s ni bukan pertama kali rosak. Sebelum ni pun pernah ditukar oleh installer yang sama, dan rosak semula selepas beberapa ketika. Bila jadi lagi kali ini, dia nekad nak cari penyelesaian daripada syarikat lain. Dia tak nak asyik tukar benda yang sama dan tetap rosak berulang kali. Bila dia hubungi kami, kami terus beri cadangan supaya jangan buang duit untuk cari spare part yang susah dapat lebih baik tukar arm autogate kepada jenama lain yang lebih tahan dan spare part mudah diperoleh.

Jadi, kami setkan satu temujanji untuk datang ke rumah pelanggan dan buat pemeriksaan sendiri. Bila sampai, memang sah sebelah arm sahaja yang rosak komponen lain masih boleh diguna. Kami jelaskan semua pilihan kepada pelanggan termasuk kos dan jenama alternatif yang sesuai. Salah satu pilihan yang kami syorkan ialah Tronica® Arm Autogate, arm yang memang terkenal tahan lasak dan senang diservis kalau ada apa-apa berlaku. Kami juga beritahu pelanggan yang kami boleh kekalkan control panel dan komponen lama yang masih elok, jadi tak perlu keluar kos untuk tukar semuanya.

 

Arm Autogate Services Cheras

Arm Autogate Services Cheras

 

 

Gantikan Millie’s Arm Kepada Tronica® Arm Autogate

 

Pelanggan pun setuju dengan cadangan kami dan terus minta kami buat kerja hari yang sama. Kami gantikan arm Millie’s yang rosak kepada Tronica® arm, sambungkan dengan wiring sedia ada dan uji untuk pastikan ia berfungsi dengan lancar. Lepas siap, kami juga tunjuk cara penggunaan dan terangkan ciri-ciri Tronica® arm autogate supaya pelanggan lebih faham dan yakin. Semua berjalan lancar, dan pelanggan nampak sangat gembira bila tengok autogate kembali berfungsi macam biasa.

Kami amat berterima kasih atas kepercayaan pelanggan ini dan seperti biasa, kami tinggalkan nombor untuk dihubungi kalau ada apa-apa masalah pada masa akan datang. Bagi kami, kepuasan pelanggan adalah keutamaan dan kami sentiasa mahu bina hubungan jangka panjang. Kalau anda juga sedang hadapi masalah autogate rosak sebelah atau sukar dapat spare part jenama lama, jangan risau – kami boleh bantu beri penyelesaian terbaik yang jimat dan cepat. Hubungi kami saja!

 

Repair Autogate Arm Cheras

Repair Autogate Arm Cheras

 

 

 

Kami Tawarkan Servis Menggantikan 1 Unit Arm Autogate.

 

Kami boleh lakukan autogate services dengan hanya gantikan 1 unit arm autogate sahaja kerana kami mempunyai auto gate spare parts. Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama.

Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate termasuk baiki arm autogate, baiki remote autogate, baiki autogate board, pemasangan autogate, penggantian roda autogate dan banyak lagi.

Sekiranya anda masih ingin baiki autogate jenama Dnor 712, Dnor 212, RDS, E8, OAE, Vallet, Mag, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan! Hanya berikan panggilan kepada En Jacky di 018-207 9198, dan beliau akan membantu anda. Mendapatkan penyelesaian yang dapat dipercayai dan berpatutan untuk pintu pagar anda, menjadikan kehidupan anda lebih mudah. Jangan biarkan masalah autogate mengganggu anda lagi.

 

 

 

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

 

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu

Jacky Pan

Call: 018 – 207 9198
Whatsapp:
www.wasap.my/60182079198

Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU