Arm Autogate Buka Separuh Selesai Dilanggar
Selamat Pagi. Kami dihubungi customer dari Bukit Jalil yang ada masalah dengan swing arm autogate nya. Rosak berpunca dimana autogate belum buka habis lagi dan customer terus undurkan kereta, dan terlanggar pintu pagar sebelah kiri dan menyebabkan autogate arm hanya berfungsi separuh jalan dan berhenti. Oleh kerana tidak dapat menghubungi pemasangan autogate asal, customer menghubungi kami untuk bantuan.
Kami datang lakukan pemeriksaan dan mendapati sebelah kanan arm autogate yang kena langgar tidak berfungsi dan arm autogate bracket pun sampai bengkok. Customer beritahu kami, autogate remote control nya juga bermasalah, kena tekan banyak kali barulah autogate terbuka dan setelah diperiksa autogate remote receiver rosak yang kurang terima isyarat dari remote.
Jadi kami gantikan satu unit arm autogate yang rosak berserta bracket, oleh kerana kami tiada autogate arm yang sama seperti yang customer gunakan, kami guna model autogate lain iaitu Tronica®-828 Arm Autogate atas persetujuan customer. Kemudian kami juga gantikan autogate remote set termasuk satu 433mhz receiver autogate dan 3 remote control baru. Sekarang autogate customer berfungsi semula seperti biasa.

Swing Arm Autogate Services Bukit Jalil
Penggantikan Arm Autogate Diperlukan – Kemalangan Punca Masalah
Memang ramai yang tak sedar, salah satu punca utama kerosakan autogate sebenarnya datang daripada kemalangan kecil yang berlaku di rumah sendiri bila kereta undur sebelum autogate sempat terbuka sepenuhnya. Ada yang terlalu tergesa nak keluar sampai tak perasan pintu pagar belum habis buka. Akibatnya, arm autogate boleh patah, bracket tercabut dari tiang, ataupun struktur pagar jadi bengkok. Malah, ada kes yang sampai satu pintu pagar jatuh sebab dilanggar kuat dari arah belakang. Bila jadi macam ni, kos baiki boleh jadi lebih tinggi dari servis biasa, sebab bukan sekadar tukar spare parts, tapi mungkin kena buat kerja welding, alignment, dan pemasangan semula.
Sebab tu penting sangat untuk sabar beberapa saat dan pastikan autogate dah buka sepenuhnya sebelum undur kereta. Tak rugi pun tunggu 5 ke 10 saat, daripada terpaksa keluarkan ratusan ringgit baiki kerosakan yang boleh dielakkan. Sama juga bila masuk ke rumah, jangan terburu-buru. Pastikan autogate terbuka habis dan tengok kiri kanan kadang-kadang arm autogate berada di bahagian bawah dan kalau tak perasan, mudah je nak tersangkut. Lagi-lagi untuk gate jenis swing atau folding yang guna arm, bahagian motor memang agak rendah. Jadi lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian.

Autogate Arm Repair Bukit Jalil
Servis Autogate Dipercayai – Cepat dan Berkesan
Hubungi kami untuk dapatkan servis autogate terbaik yang pastinya anda akan berpuas hati. Pertama servis yang cepat, kami datang pada hari yang sama anda hubungi. Kedua boleh siap masa itu juga. Ketiga hanya menggunakan auto gate spare parts yang baru dan original. Keempat harga baiki autogate yang berpatutan.
Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu, sama ada masalah autogate arm, autogate tak boleh buka guna remote control, autogate pelahan, autogate buka separuh, autogate motherboard kena kilat, bracket autogate tercabutdan roda autogate lompat keluar dari trek. Dengan autogate team kami yang berpengalaman dan auto gate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.
Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment