Ada Masalah Dengan OAE Swing Arm Autogate – Gantikan Dengan Tronica Arm

 

Hai semua. Customer dari Putra Height ini perlukan servis baiki autogate arm sebelah kanan tidak berfungsi. Apabila kami tanya jenama autogate arm yang digunakan, customer bagi satu nama yang kami sendiri tak pernah dengar, jenis stainless steel arm autogate. Dari apa yang customer beritahu, autogate system ini selalu rosak dan selalu kena autogate repair service sampaikan original autogate installer sudah fedup dan taknak bantu customer, cuba hubungi mereka banyak kali tapi tak angkat. Jadi customer mencari reliable autogate service iaitu Kedai Autogate.

Apabila kami datang untuk autogate arm repair service, kami tengok arm autogate yang customer guna sebiji macam OAE arm auto gate dan kami telah sahkan dengan Kilang oae autogate, yang ini ini memang oae 333a arm autogate dimana original auto gate installer telah letakkan sticker jenama mereka sendiri pada oae arm autogate. Setelah diperiksa, oae arm autogate sebelah kanan ini telah rosak. Customer beritahu lagi, dc motor arm autogate pernah tukar dan arm autogate coupling tukar. Sekarang untuk gantikan satu arm autogate oae yang rosak, customer tanya jika kami ada swing arm autogate jenama lain yang lebih bagus dan model terkini. Kami syorkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate dan customer setuju.

 

 

Swing Arm Autogate Repair Putra Height

Swing Arm Autogate Repair Putra Height

 

 

Kami Menyediakan Pelbagai Spare Parts Autogate Untuk Banyak Jenama

 

Ramai pengguna autogate hadapi masalah bila sistem autogate mereka rosak, tapi nak cari spare parts jadi satu cabaran. Ada yang kena tunggu berminggu, ada pula yang diberi alat ganti tiruan yang tak tahan lama. Tapi dengan kami, anda tak perlu risau. Kami sentiasa sediakan spare parts autogate yang lengkap dan original untuk pelbagai jenama seperti Tronica®, OAE, Dnor, E8, Victor, MAG dan banyak lagi. Antara spare parts yang kami simpan termasuklah autogate arm, motor, gearbox, PCB board, control panel, remote control set, dan bateri. Semua parts kami adalah baru dan tulen, bukan second hand atau tiruan jadi anda boleh guna dengan yakin.

Kelebihan bila kami dah sediakan semua spare parts ni, servis pun jadi lebih pantas dan berkesan. Bila anda hubungi kami, kami akan cuba datang pada hari yang sama untuk buat pemeriksaan. Kalau kami dapati ada komponen yang perlu diganti, kami boleh terus tukar masa tu juga, sebab semua alat ganti kami bawa siap-siap. Jadi tak perlu tunggu kami datang kali kedua. Ini menjimatkan masa dan menyenangkan urusan, terutama kalau autogate anda rosak waktu penting contohnya pagi-pagi nak keluar kerja atau malam hari bila semua kedai tutup.

Selain itu, kami memang utamakan servis yang cepat, telus, dan berpatutan. Setiap alat ganti yang kami pasang akan diterangkan dulu pada customer apa masalahnya, kenapa perlu tukar, dan apa fungsinya. Kami juga tidak kenakan caj tersembunyi dan hanya guna alat ganti baru dan original sahaja. Jadi, anda boleh percaya dengan kualiti servis yang kami beri. Kalau autogate anda sedang bermasalah, jangan tunggu sampai lebih teruk hubungi kami sekarang untuk servis cepat dan solusi tahan lama!

 

 

OAE Arm Autogate Repair Putra Height

OAE Arm Autogate Repair Putra Height

 

 

Servis Baiki Dan Pasang Autogate Di Lembah

 

Jika anda telah memutuskan untuk memasang sistem autogate yang baru untuk rumah anda, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menyediakan pelbagai sistem autogate berkualiti tinggi, dan di antara ini, kami sangat mengesyorkan jenama autogate Tronica®. Ia terkenal dengan kebolehpercayaannya, harga autogate berpatutan, dan spare parts autogate yang mudah. Tronica® sesuai untuk pintu swing dan pintu folding. Tronica® dc motor adalah kuat dan berprestasi tinggi, mampu mengendalikan pintu besar dengan mudah.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.