Dapatkan Roda Autogate Yang Tahan Karat (Stainless Steel Roller)
Hai semua. Lihatlah keadaan auto gate roller rumah pelanggan dari Kajang ini sangat berkarat hingga menyebabkan roda autogate tersangkut dan tidak berfungsi lancar. Menurut pelanggan, setiap kali kontraktor lama tukar roda besi, dalam masa singkat roda itu mula berkarat kembali dan bergerak tidak stabil. Akhirnya dia putuskan untuk tidak lagi panggil kontraktor lama dan atas nasihat rakan, dia mahu guna roda autogate yang tahan karat.
Apabila kami datang ke lokasi, kami cadangkan mereka gunakan roda autogate jenis 304 stainless steel yang tahan terhadap hakisan dan cuaca. Dalam proses pemasangan, roda lama perlu dibuka dahulu termasuk bearing roller autogate yang tersembunyi di dalam ruang hollow pintu pagar. Menariknya, kami dapati bearing tersebut tidak pernah diganti sebelum ini, mungkin sebab itu roda besi selalu rosak cepat dan tidak tahan lama.
Selepas keluarkan roda dan bearing lama, kami pasangkan bearing roller stainless steel didalam hollow pagar dan lakukan kimpalan pada tempat sesuai supaya komponen itu tidak bergerak. Kemudian barulah kami pasang roda autogate stainless steel baru. Dengan teknik pemasangan yang betul ditambah komponen yang berkualiti, kami yakin sistem baru ini akan bertahan jauh lebih lama daripada roda besi biasa.

Baiki Roda Autogate Kajang
Roda Besi Autogate Tukar Kepada Roda Stainless Steel
Mungkin anda tertanya-tanya: “Pintu pagar besi boleh ke guna roda stainless steel?” Jawapannya boleh sangat, asalkan pemasang memahami teknik yang betul alignment tepat, pemilihan bearing yang sesuai dan kimpalan yang mantap. Dengan cara ini, pagar besi anda dapat menggunakan roda yang tahan karat dan bergerak lancar selama bertahun-tahun.
Jadi, kalau roda autogate anda sudah mulai karat, tercabut atau bergerak tidak stabil, jangan tunggu ia makin teruk boleh membahayakan. Hubungi kami segera. Kami sedia membantu dari pemeriksaan, pembaikan bearing, hingga pemasangan roda stainless steel yang tepat supaya pagar anda kembali stabil, lancar dan tahan lama.

Auto Gate Roller Damaged Kajang
Servis Baiki Dan Tukar Roda Autogate Di Lembah Klang
Hubungi Kedai Autogate untuk pasang roda autogate baru dan tukar roda autogate baru untuk folding gate anda. Sama ada roda autogate berkarat, roda autogate tercabut ataupun masalah roda autogate selalu melompat keluar daripada trek. Hampir setiap hari kami lakukan service repair auto gate roller in Klang Valley. Autogate wheels kami merupakan high quality auto gate rollers, kami guna material stainless steel 304 auto gate rollers. Memang akan tahan lama. Jadi cepat hubungi kami sekarang.
Apa lagi auto gate services yang kami boleh lakukan? Kami memang auto gate specialist, jadi semua masalah berkenaan autogate sama ada nak pasang autogate baru dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System, nak repair servis arm autogate, perlukan auto gate bottom wheels replacement dan mencari auto gate spare parts, semua kami ada. Setiap hari pun kami ada buat semua autogate services yang disebutkan tadi.
Dengan memilih perkhidmatan pembaikan autogate kami, anda boleh mendapatkan ketenangan fikiran dengan pengetahuan bahawa sistem autogate anda alat ganti autogate asli.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment