Autogate Seri Kembangan – Baiki Millie’s Autogate Tak Berfungsi

 

Selamat Pagi. Waktu malam tadi kami menerima panggilan daripada seorang customer di Kelana Jaya yang menghadapi masalah dengan millie’s autogate mereka yang tidak dapat dibuka. Customer baru balik dari kerja, tiba-tiba autogate tak boleh buka dan terpaksa parking kereta luar rumah dan yang lagi teruk kena panjat pagar untuk masuk rumah. Customer segera menghubungi installer asal Millie’s autogate, namun gagal mendapatkan respons. Dalam situasi kecemasan seperti ini, customer hubungi kami untuk bantuan.

Pertama sekali, kami mengarahkan customer untuk memeriksa semua remote autogate dan butang autogate untuk memastikan tidak ada masalah dengan peranti kawalan tersebut. Sekiranya masalah berlanjutan, kami mencadangkan agar mereka melakukan reset pada sistem autogate dengan mematikan bekalan elektrik di rumah dan mematikan suis utama (DB) selama kira-kira 15 minit, untuk memastikan semua sistem kembali pada tetapan asal. Walaupun customer sudah mengikuti arahan ini, malangnya autogate mereka masih tidak berfungsi. Kami faham betapa pentingnya autogate berfungsi dengan baik, terutamanya dalam situasi kecemasan, jadi kami terus berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk mereka. Kami akan datang rumah customer seawal mungkin untuk lakukan pemeriksaan.

 

Autogate Cannot Open Kelana Jaya

Autogate Cannot Open Kelana Jaya

 

 

Baiki Autogate Selesai – Autogate Control Panel Rosak

 

Apabila sampai dirumah customer, kami buka box autogate dan memeriksa autogate components yang ada didalamnya dan yang rosak hanyalah auto gate pcb board, itu sebab autogate tidak berfungsi. Nasib baik auto gate components yang lain seperti autogate transformer, autogate remote receiver dan autogate battery masih lagi berfungsi. Kami gantikan millie’s autogate board yang rosak dengan S3 swing autogate control board. Setelah selesai membaiki autogate tersebut seperti biasa akan lakukan testing untuk pastikan semua berfungsi dengan baik. Customer sangat lega masalah autogate nya diselesaikan dengan cepat dan sempat ke pejabat menghadiri meeting.

Kami telah selesaikan masalah autogate tersebut kurang daripada 1jam. Dengan juruteknik kami yang pakar dengan mudah mengenalpasti masalah dan auto gate spare parts juga tersedia. Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memastikan bahawa pelanggan dapat kembali menggunakan autogate mereka tanpa gangguan.

 

Kelana Jaya Autogate Services

 

 

Servis Autogate Dipercayai Di Lembah Klang

 

Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira masalah autogate yang anda hadapi dan untuk model atau jenama autogate seperti millie’s, dnor autogate, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate ataupun oae autogate. Untuk pemasangan autogate baru dapatkan Tronica Autogate System.

Kami sudah lama dalam industri autogate ini, apa jua masalah gate dan autogate kami berjaya menyelesaikannya. Hampir beribu-ribu unit rumah kami telah membuat pemasangan Tronica 929 arm autogate sistem. Kerana itu kami sentiasa diberi kepercayai dan menjadi servis yang paling terbaik untuk pemasangan autogate dan repair autogate di Lembah Klang.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

 

 

 

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa kenderaan stok akan membantu

Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp:
www.wasap.my/60182079198

Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU