OAE 333A Arm Autogate Rosak – Kontraktor Autogate Hilang

 

Memang banyak kes di mana customer mengalami masalah dengan autogate baru tetapi kontraktor asal hilang dan tidak dapat dihubungi. Situasi ini sering berlaku apabila autogate rosak tak lama selepas dipasang, dan customer langsung tak dapat bantuan. Contohnya, seorang customer dari Bandar Utama mengalami masalah dengan OAE 333A arm autogate yang baru diganti beberapa bulan sebelumnya. Arm sebelah kanan boleh buka tetapi tak boleh tutup, dan customer tidak berjaya menghubungi kontraktor asal kerana mereka langsung tak angkat panggilan. Keadaan ini membuatkan customer stress dan terpaksa mencari servis baiki autogate yang betul-betul boleh dipercayai. Customer sendiri akui menyesal kerana sebelum ini ambil kontraktor asal tanpa buat kajian terlebih dahulu.

Setelah bertanya kepada beberapa kenalan, akhirnya customer jumpa dan yakin dengan Kedai Autogate untuk selesaikan masalah tersebut. Kami datang ke lokasi untuk buat pemeriksaan dan mendapati punca masalah arm autogate sebelah kanan adalah kerana coupling autogate arm telah pecah. Selain itu, kami juga periksa dan dapati terdapat masalah pada roda autogate, di mana roda selalu melompat keluar dari trek seperti yang diceritakan oleh customer. Masalah ini bukan sekadar mengganggu fungsi autogate tetapi boleh membuat operasi pintu tidak lancar dan cepat rosak.

 

Folding Auto Gate Repair Bandar Utama

Folding Auto Gate Repair Bandar Utama

 

 

Kami Juga Bantu Fix Masalah Autogate Yang Lain

 

Selain itu, kami juga periksa hinges gate sebelah kiri bawah dan mendapati ia bermasalah. Daun pintu kiri sudah tidak sejajar, terutamanya bahagian bawah yang condong ke arah rumah. Keadaan ini akan memberi kesan langsung kepada proses membuka dan menutup OAE 333A folding arm, malah batang skru dalaman arm juga akan cepat haus jika masalah ini dibiarkan. Memang jelas, masalah autogate ini perlu diperbetulkan dengan segera untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk.

Dengan persetujuan customer, kami terus selesaikan semua masalah dalam satu masa. Kami baiki OAE arm autogate, gantikan auto gate roller yang rosak dan betulkan gate hinges yang tidak selari. Semua komponen diperiksa dan dipastikan berfungsi dengan baik. Selepas pembaikan, autogate kembali bergerak lancar dan selamat digunakan, sama ada buka atau tutup.

Customer sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami kerana semua masalah selesai dalam satu servis sahaja tanpa perlu tunggu beberapa sesi. Selain itu, pengalaman ini juga menjadi pengajaran bahawa memilih kontraktor autogate yang betul dan berpengalaman sangat penting, supaya masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan autogate boleh berfungsi dengan optimum untuk jangka masa panjang.

 

OAE Arm Autogate Repair Bandar Utama

OAE Arm Autogate Repair Bandar Utama

 

 

Masalah Pengedaran OAE dan Kes Penipuan dalam Pemasangan Autogate

 

Sebenarnya OAE adalah arm autogate yang berkualiti premium yang terdapat di pasaran. Ia dikeluarkan di Ipoh oleh sebuah kilang autogate yang terkenal. Malangnya, pengedaran OAE tidak diuruskan dengan baik oleh pembekal dan ia telah jatuh ke tangan yang salah. Sayangnya, beberapa juruteknik atau pemasang autogate memilih untuk mengambil jalan pintas. Kami telah melihat ribuan kes penipuan, sebagai contoh, bahagian luar oae arm autogate tersebut adalah baru, tetapi mekanisme dalam dan motor dc mini adalah lama, tetapi pemasang autogate memberitahu customer bahawa ia adalah baru dan tidak digunakan. Sebab itu, baru pakai sekejap tapi sudah rosak.

 

Hubungi Kami Untuk Pasang Dan Baiki Autogate Anda

 

Pemasangan autogate memang kepakaran kami, jenama yang kami sangat syorkan adalah Tronica Autogate System dan kami juga pakar melakukan welding dan adjustment yang diperlukan untuk mendapatkan semula autogate anda. Adalah penting untuk bertenang, angkat telefon anda dan hubungi Kedai Autogate. Kami boleh membantu anda dengan menyediakan unit gantian jika lengan autogate anda patah. Kami mempunyai semua autogate spare parts untuk semua jenama autogate Malaysia atau jenama autogate antarabangsa.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

 

 

 

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa kenderaan stok akan membantu

Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp:
www.wasap.my/60182079198

Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU