Baiki Autogate Bangi – Dnor Turbo 880 Baru Tidak Berfungsi

Hai semua. Kami baru-baru ini membantu seorang customer di Bandar Baru Bangi yang menghadapi masalah dengan Dnor Turbo 880 autogate mereka yang tidak berfungsi langsung. Menurut customer, autogate ini baru sahaja dipasang beberapa bulan lalu, tapi dah mula ada masalah. Bila kami tanya tentang original installer, customer kata mereka tidak menjawab panggilan walaupun dah cuba hampir seminggu. Akibatnya, customer terpaksa guna pintu pagar manual sahaja, menyukarkan keluar masuk rumah.

Disebabkan installer asal tidak dapat membantu, customer mula mencari servis lain untuk baiki Dnor Turbo 880. Customer hubungi beberapa syarikat autogate di Bangi, tapi ramai tak buat servis untuk model ini kerana ia baru dan jarang digunakan. Nasib baik, jiran customer beri nombor kami sebab kami pernah baiki autogate rumahnya sebelum ini. Jadi, customer terus hubungi kami untuk pemeriksaan dan servis.

Sekiranya anda nak tahu, Dnor Turbo 880 masih baru di pasaran, jadi tak banyak kontraktor atau auto gate repairer yang biasa kendalikannya. Banyak kes, autogate baru dipasang, tapi dah bermasalah, dan installer asal pun tak dapat selesaikan. Tapi jangan risau, kami ada pengalaman dan peralatan yang sesuai untuk baiki Dnor Turbo 880, termasuk motor yang rosak, autogate tak boleh buka, dan masalah remote control.

Dnor Turbo 880 Autogate Services Bangi

Dnor Turbo 880 Autogate Services Bangi

Beritahu Kami Masalah Dnor Turbo 880 Autogate Yang Anda Hadapi

Masalah biasa dengan Dnor Turbo 880 termasuk motor autogate tak berfungsi, autogate tak boleh buka atau tutup, dan remote control yang tidak memberi tindak balas. Kami akan buat pemeriksaan menyeluruh, troubleshooting dan diagnosis untuk pastikan setiap komponen berfungsi dengan baik. Bila dah jumpa masalah, kami terus bawa spare parts yang diperlukan supaya autogate boleh diperbaiki on-the-spot tanpa perlu tunggu lama.

Selain itu, ada juga customer yang menggunakan Dnor Turbo 880 tetapi ingin tukar kepada sistem autogate lain yang lebih tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan harian jangka panjang. Ini kerana Dnor Turbo 880 kadang-kadang cepat bermasalah dan tiada penyelesaian dari installer asal. Kami boleh syorkan sistem autogate baru yang lebih tahan lama, heavy duty, dan memberi ketenangan kepada pengguna supaya tidak perlu risau panggil servis berulang kali.

Baiki Dnor Turbo Autogate Bangi

Baiki Dnor Turbo Autogate Bangi

Kami Boleh Baiki Banyak Jenama Autogate Di Lembah Klang

Kami disini untuk membantu dengan keperluan membaiki autogate anda. Kami mempunyai alatan ganti untuk famous autogate brand seperti Tronica®, KRON Autogate, FBM, Mexigate, E8, OAE, Dnor Turbo 880, Dnor 212, Dnor 712, RDS, Jackpro dan banyak lagi.Hubung kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian untuk autogate anda. Kami sentiasa membawa auto gate spare parts bersama, jadi apa sahaja autogate parts/ autogate components yang rosak, kami boleh terus menggantikannya. Kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai pada waktu kami datang. Cepat, mudah dan berkesan.

Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman sebab mudah untuk mengenalpasti setiap masalah autogate yang anda hadapi. Kami selalu tekankan yang autogate spare parts tersedia adalah sangat penting ianya bagi memudahkan proses baik pulih autogate anda. Sekiranya autogate kita bermasalah, sebolehnya hanya ingin menggantikan bahagian autogate yang rosak, dapat kurangkan kos baiki autogate berbanding melakukan pemasangan autogate baru. Melainkan, memang terpaksa pasang autogate baru disebabkan autogate rosak teruk atau atas faktor lain.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu

Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp:
www.wasap.my/60182079198

Website: https://kedaiautogate.com
Youtube:
https://youtu.be/fm2Itj0BsgU