Spare Parts Arm Autogate – Boleh Tukar Sebelah Arm Autogate Sahaja
Selamat Pagi. Apabila autogate mula bermasalah, kebanyakan orang akan cari original autogate installer yang pasang dulu. Tapi hakikatnya, ramai customer tak lagi jumpa installer asal atau installer tersebut tak dapat bantu kerana model atau jenama autogate sudah lama. Sebab itulah ramai yang akhirnya hubungi kami, kerana kami berpengalaman baiki pelbagai model dan jenama autogate arm, serta sentiasa sediakan spare parts yang sesuai.
Baru-baru ini, seorang customer dari Cheras menghubungi kami dan beritahu salah satu arm autogate tidak berfungsi. Untuk kepastian, kami minta gambar autogate tersebut. Selepas diperiksa, memang jelas autogate itu bukan model yang kami keluarkan. Customer juga maklumkan dia tak dapat cari installer lama, jadi dia cuba cari di internet berdasarkan model autogate dan akhirnya jumpa syarikat kami. Walaupun bukan autogate kami, kami tetap boleh bantu.

Swing Autogate Arm Repair Cheras
1 Unit Arm Lama Digantikan Dengan Tronica® Arm Autogate
Masalah yang dihadapi ialah one side arm autogate rosak dan perlu dibaiki. Kami cadangkan servis repair dengan menggantikan arm autogate sahaja tanpa perlu tukar keseluruhan sistem. Nasib baik kami ada arm autogate yang hampir sama dan sesuai digunakan sebagai pengganti. Ini jauh lebih jimat berbanding pasang set autogate baru.
Di kedai autogate kami, customer boleh pilih sama ada mahu guna arm autogate jenama asal (jika masih ada) atau tukar kepada jenama lain seperti Tronica® Arm Autogate. Kami sentiasa simpan pelbagai spare parts autogate supaya kerosakan boleh dibaiki dengan tukar bahagian yang rosak sahaja. Hanya jika sistem autogate sudah terlalu lama dan banyak kerosakan, barulah kami akan cadangkan pemasangan autogate baru.
Dalam kes ini, kami cadangkan guna Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dan hantar katalog lengkap kepada customer untuk rujukan. Walaupun design arm berbeza, fungsi tetap sama dan serasi dengan sistem sedia ada. Selepas customer bersetuju, kami terus datang dan gantikan satu batang arm autogate sebelah kiri. Kini, arm kanan masih guna jenama asal manakala arm kiri sudah guna Tronica® dan semua komponen lain masih digunakan semula. Selepas servis ini, customer yakin dan akan terus hubungi kami jika ada masalah autogate di masa akan datang.

Replace Tronica Arm Autogate Cheras
Arm Autogate Spare Parts Untuk Banyak Jenama
Mari kami lakukan pemeriksaan dan jika perlukan arm autogate replacement, kami kami sentiasa membawa arm autogate spare parts untuk famous autogate brand seperti Tronica®, KRON arm autogate, fbm arm, dnor 712 arm autogate, dnor 212 arm autogate, oae 333a arm, agt, millie’s autogate dan beberapa jenama lain. Tronica® autogate system merupakan heavy duty autogate motor yang sesuai untuk swing gate dan folding gate. Dengan menggunakan Tronica® Autogate, pengguna dapat menikmati kebebasan dan kepraktisan dalam mengendalikan pintu pagar mereka, sambil memiliki keyakinan bahawa sistem ini dapat berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment