Kenapa Autogate Hanya Buka Sebelah & Bagaimana Nak Baiki

 

Hai semua. Baru-baru ini kami menerima panggilan servis baiki Dnor autogate arm dari Seri Kembangan melibatkan sistem Dnor 212 yang sebelah arm tidak boleh dibuka. Memandangkan autogate ini sudah lama dipasang, customer sendiri tidak tahu siapa installer asal dan tiada sebarang maklumat servis terdahulu. Disebabkan itu, customer mencari Dnor autogate specialist dan akhirnya menghubungi Kedai Autogate untuk bantu selesaikan masalah dengan segera.

Pada hari yang sama kami terus datang buat pemeriksaan dan dapati satu bahagian Dnor arm autogate motor memang telah rosak, manakala komponen autogate lain masih dalam keadaan baik. Kami terangkan pilihan yang ada, sama ada gantikan dengan model D’NOR 212 arm yang hampir sama, atau naik taraf kepada Tronica® 929 arm autogate yang lebih baru dan heavy duty. Selepas berbincang, customer memilih Tronica® 929 kerana motor lebih kuat dan tahan lama. Kami terus buat penggantian dan autogate kembali berfungsi dengan lancar seperti biasa.

 

Dnor 212 Arm Autogate Repair Seri Kembangan

Dnor 212 Arm Autogate Repair Seri Kembangan

 

 

Baiki dan Tukar Autogate Arm Sebelah Tidak Berfungsi

 

Pernah tak alami situasi bila tekan remote, autogate buka tapi hanya sebelah sahaja yang bergerak? Masalah ini memang kerap berlaku dan daripada pengalaman kami yang setiap hari buat servis baiki autogate tak boleh buka sebelah, puncanya selalunya datang daripada arm autogate itu sendiri. Arm autogate yang dah lama digunakan boleh jadi lemah, motor rosak atau gear di dalamnya haus. Sebab itu ramai customer akhirnya pilih untuk tukar kepada arm autogate yang lebih tahan dan boleh diharap seperti Tronica® arm autogate.

Sebenarnya, arm autogate adalah antara komponen paling penting dan juga paling “berat kerja”. Kalau guna arm autogate yang berkualiti, ia boleh tahan lebih daripada 10 tahun. Kerosakan biasanya berlaku disebabkan faktor usia, penggunaan harian yang kerap atau pemasangan lama yang dah tak sesuai. Berita baiknya, bila masalah hanya melibatkan satu bahagian sahaja, anda tak perlu tukar satu set sistem autogate baru yang mahal.

Dalam kebanyakan kes, arm autogate boleh diganti sebelah sahaja. Contohnya, jika arm sebelah kanan rosak, kami boleh gantikan dengan Tronica® autogate arm yang baru, manakala arm sebelah kiri yang masih elok boleh terus digunakan. Komponen lain seperti autogate control panel, transformer dan bateri juga tak perlu ditukar selagi masih berfungsi dengan baik. Cara ini jauh lebih jimat, praktikal dan autogate anda boleh kembali berfungsi dengan lancar seperti biasa.

 

Dnor Autogate Arm Spare Parts Seri Kembangan

Dnor Autogate Arm Spare Parts Seri Kembangan

 

 

Kami Membantu Beratus-ratus Pelanggan Membaiki Autogate Mereka Setiap Tahun

 

Di Kedai Autogate, kami sediakan untuk spare parts autogate sama ada nak tukar dnor arm autogate sebelah sahaja untuk jenama Tronica® autogate, kron arm autogate, fbm arm autogate, mexigate arm autogate, dnor 712 arm autogate, dnor 212 arm autogate, oae 333a arm autogate dan beberapa jenama lain. Kami telah baiki beribu autogate system yang bukan kami pasang autogate dan bukan kami jual autogate untuk mereka. Semua ada masalah dengan original auto gate installer sendiri. Sekarang kami ambil alih untuk buat auto gate maintaince, autogate service untuk mereka pula.

Sekiranya anda memerlukan pemasangan autogate baru, kami menawarkan perkhidmatan pasang Tronica® Autogate dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.