Autogate Bangi – Gantikan Motherboard & Transformer Autogate Terbakar
Hai semua. Beberapa hari lepas kami ke Bangi untuk gantikan motherboard autogate terbakar disebabkan power surge. Ramai orang tak sedar yang power surge atau lonjakan kuasa elektrik ini boleh jadi punca utama kenapa autogate rosak. Power surge ni berlaku bila ada aliran elektrik masuk dengan tiba-tiba dalam kuantiti lebih tinggi daripada biasa. Bukan setakat autogate je yang terjejas, malah barang elektrik lain kat rumah macam TV, peti ais, lampu, komputer pun boleh terbakar bila kena serangan power surge ni. Kalau berlaku sekali mungkin kita masih tak perasan, tapi kalau kena kerap, memang boleh buat banyak kerosakan besar.
Dari apa yang customer beritahu, dalam malam tadi satu rumah blackout, bukan autogate sahaja yang rosak, peralatan elektrik lain juga ada yang rosak. Bukan rumah customer sahaja yang kena, beberapa rumah dikawasannya juga kena power surge ini. Disebabkan tidak dapat mencari original autogate installer, customer menghubungi kami untuk bantuan dan set appointment untuk kami datang esok paginya. Apabila sampai dirumah customer, kami buka sahaja box autogate, memang sudah nampak kesan terbakar pada autogate control panel serta autogate transformer dan kami lakukan pemeriksaan, memang autogate control board dan transformer telah rosak terbakar, itu sebab autogate tidak berfungsi. Setelah lami gantikan autogate control panel dan transformer, autogate berfungsi semula seperti biasa.

Servis Baiki Autogate Bangi
Power Surge Punca Autogate Parts Terbakar
Biasanya bila autogate terkena power surge, bahagian yang paling senang rosak ialah autogate control panel dan autogate transformer. Ada kes yang kedua-dua parts ni terus terbakar seperti customer ini. Kalau kita buka panel dan nampak ada kesan hangus atau bau terbakar, itu memang tanda jelas punca kerosakan datang daripada power surge.
Customer tanya cara untuk elak berlakunya power surge ini, risau autogate dan peralatan elektrik rumah merosak lagi. Kami cadangkan untuk pemasangan Home Surge Protection Device (SPD) iaitu peranti perlindungan bagi power surge rumah. Alat ni bertindak sebagai perisai untuk rumah anda bila ada lonjakan elektrik daripada kilat atau selepas kerja penyelenggaraan elektrik dilakukan, SPD akan lindungi sistem elektrik rumah termasuk autogate. Kalau rumah anda ada banyak barang elektrik penting, memang sangat disarankan untuk pasang SPD ni supaya lebih tenang, tak risau barang elektrik rosak tiba-tiba.
Kami syorkan untuk hubungi Mr Electrician, yang pakar elektrik rumah termasuk pemasangan Home Surge Protection Device (SPD).
Kedai Autogate Berikan Servis Yang Cepat Dan Berkesan
Sekiranya nak servis autogate yang betul-betul cepat dan berkesan, memang kena pilih orang yang dah lama dalam bidang ni dan tahu selok-belok semua masalah autogate. Kami di Kedai Autogate memang fokus untuk bagi servis terbaik kepadacustomer, sebab tu setiap kali buat kerja, kami hanya guna spare parts autogate yang baru dan original sahaja seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate arm.. Bila guna barang yang tulen, autogate bukan saja tahan lebih lama, tapi juga kurang risiko rosak berulang-ulang. Jadi, anda tak perlu risau pasal kena tukar barang setiap kali autogate buat hal.
Untuk pemasangan autogate baru, kami sangat syorkan untuk menggunakan Tronica® autogate system. Bagi sliding autogate pula antaranya, Tronica® DC Sliding Autogate System dan Tronica® AC Sliding Autogate System. Untuk lebih info mengenail produk autogate kami sama ada Tronica® Arm Autogate System ataupun Tronica® Sliding Autogate dan autogate servives kami, boleh call sekarang.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.


Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU

Leave A Comment