Servis Baiki Dnor Autogate Tak Boleh Buka Di Shah Alam
Selamat pagi semua. Kali ini kami nak kongsikan pengalaman membantu seorang customer di Shah Alam yang ada masalah dengan Dnor 712 autogate yang langsung tak berfungsi. Katanya, bila cuba buka autogate sama ada guna receiver atau push button, ia langsung tak respon. Pada mulanya, customer ingat mungkin masalah pada wiring atau arm sebab control board autogate baru saja ditukar beberapa bulan lepas. Disebabkan kontraktor lama tak dapat datang cepat (kena tunggu sampai minggu depan), jiran dia cadangkan untuk terus hubungi kami di Kedai Autogate.
Bila kami sampai di rumah customer, langkah pertama mestilah buka kotak autogate untuk periksa semua components yang ada di dalam. Rupanya, control panel autogate dah rosak teruk dan ada kesan terbakar. Lagi satu yang mengejutkan, battery autogate langsung tak ada. Customer sendiri pun tak tahu keadaan di dalam kotak itu sebab masa servis sebelum ini, dia tak berada di rumah. Patutlah bila tiada elektrik, autogate tak boleh buka langsung memanglah, sebab tak ada bateri yang berfungsi sebagai backup power.

Dnor Autogate Services Shah Alam
Kami Tukar Motherboard Autogate Dan Bateri Autogate
Jadi, penyelesaian utama ialah tukar motherboard autogate yang dah rosak terbakar tu. Sekali dengan itu, customer minta kami pasang autogate battery baru supaya kalau ada gangguan elektrik, pintu pagar masih boleh beroperasi. Semua spare parts ini memang kami dah bawa siap-siap dalam kenderaan, jadi tak perlu tunggu lama. Dalam masa yang sama, kami juga periksa bahagian lain untuk pastikan tak ada masalah tambahan.
Proses penukaran pun tak ambil masa lama sebab kami dah biasa dengan model Dnor 712 ini. Lepas siap pasang control board dan bateri, autogate pun kembali berfungsi seperti biasa. Customer sangat lega sebab masalah yang dah berlarutan beberapa hari akhirnya selesai dalam satu lawatan saja.
Di Kedai Autogate, kami memang simpan pelbagai auto gate spare parts untuk jenama terkenal seperti Dnor, OAE, E8, FBM, KRON, Tronica dan banyak lagi. Kalau kami turun untuk buat servis, kami akan bawa semua spare parts sekali supaya kalau ada komponen rosak, kami boleh tukar on the spot. Tak perlu tunggu hari lain, tak perlu pening kepala masalah autogate anda boleh selesai dengan cepat dan mudah.

Autogate Motherboard Repair Shah Alam
Kedai Autogate Berikan Servis Yang Cepat Dan Berkesan
Sekiranya nak servis autogate yang betul-betul cepat dan berkesan, memang kena pilih orang yang dah lama dalam bidang ni dan tahu selok-belok semua masalah autogate. Kami di Kedai Autogate memang fokus untuk bagi servis terbaik kepada pelanggan, sebab tu setiap kali buat kerja, kami hanya guna spare parts autogate yang baru dan original sahaja. Bila guna barang yang tulen, autogate bukan saja tahan lebih lama, tapi juga kurang risiko rosak berulang-ulang. Jadi, anda tak perlu risau pasal kena tukar barang setiap kali autogate buat hal.
Kami juga mahir membaiki pelbagai jenis autogate arm, sama ada swing arm autogate, folding arm autogate atau jenis lain. Setiap masalah autogate yang anda hadapi, kami akan cuba selesaikan dengan cepat dan teliti. Kalau perlukan tukar parts, kami boleh buat on the spot sebab kami memang sentiasa bawa stok spare parts yang lengkap. Yang penting, anda dapat servis cepat, masalah selesai, dan autogate boleh berfungsi macam biasa semula tanpa tunggu lama-lama.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.
Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Website: https://kedaiautogate.com
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU
Leave A Comment