Masalah Sliding Autogate di Damansara Diselesaikan Dengan Tronica® 1500 Autogate
Hai semua. Kami menerima satu panggilan servis sliding autogate di Damansara apabila customer memaklumkan sliding autogate motor mereka tidak berfungsi pada waktu pagi. Sebenarnya ini bukan kali pertama masalah ini berlaku. Sebelum ini, customer pernah beberapa kali memanggil autogate repairer lain di kawasan Damansara untuk membaiki sliding autogate tersebut. Setiap beberapa bulan, masalah yang sama akan berulang dan setiap kali itu juga bahagian autogate yang sama ditukar dengan kos yang agak tinggi. Bila customer bertanya tentang kemungkinan menukar sliding autogate motor baru, mereka diberitahu motor tersebut masih boleh dibaiki dan terus digunakan.
Disebabkan masalah yang berulang dan kos pembaikan yang semakin tinggi, customer mula rasa tidak berbaloi untuk terus baiki autogate lama. Customer sedar jika terus baiki, masalah yang sama mungkin akan berlaku lagi di masa hadapan. Jadi customer membuat keputusan untuk mencari syarikat autogate yang lebih dipercayai, dengan sistem autogate yang lebih stabil dan tahan lama. Selepas membuat sedikit penyelidikan dan mendapat cadangan daripada kenalan, customer menghubungi kami untuk pemasangan sliding autogate baru bagi menggantikan sistem lama yang sudah tidak boleh diharapkan.
Selepas melihat saiz dan berat pintu pagar customer yang tidak terlalu besar, kami mencadangkan penggunaan Tronica® 1500 Sliding Gate Opener. Kami terangkan ciri-ciri dan kelebihan sistem ini, dan customer bersetuju untuk pemasangan. Setelah pemasangan siap dan ujian dijalankan, sliding autogate berfungsi dengan lancar dan bergerak lebih laju berbanding sistem lama. Customer berpuas hati dengan keputusan untuk menukar kepada sistem baru kerana kini autogate lebih senyap, cepat dan tidak perlu risau tentang masalah berulang.

Sliding Autogate Installation Damansara
Sliding Autogate Motor Lama? Baiki Atau Tukar Sistem Baru Lebih Berbaloi
Sudah berapa lama anda menggunakan sliding autogate motor dan berapa kali anda terpaksa buat repair untuk masalah yang sama? Jika sliding autogate motor sudah lama dan sering rosak, sebenarnya lebih berbaloi untuk pertimbangkan tukar kepada sistem autogate baru daripada terus baiki motor lama. Dalam banyak kes, kos pembaikan yang berulang kali boleh mencecah atau hampir sama dengan harga pemasangan sistem autogate baru. Selain itu, baiki motor lama selalunya hanya penyelesaian sementara dan masalah yang sama boleh berulang dalam masa terdekat.
Pemilihan sliding autogate motor juga perlu sesuai dengan berat dan panjang pintu pagar. Motor sliding autogate direka untuk menampung berat pintu yang berbeza, dari sekitar 500kg sehingga 6000kg. Jika motor yang digunakan tidak sesuai dengan berat pintu pagar, ia akan cepat rosak dan menyebabkan banyak masalah. Untuk kegunaan rumah biasa, kebanyakan pintu pagar tidak terlalu berat, selalunya bawah 2000kg. Kami ada dua pilihan yang sangat sesuai dan terbukti tahan lama, iaitu Tronica® 1500 Sliding Gate Opener dan Tronica® 2000 Sliding Autogate System. Jika anda masih tidak pasti model mana yang sesuai, anda boleh terus hubungi Mr Sam untuk dapatkan nasihat dan cadangan yang tepat.
Bekal, Pasang Dan Baiki Untuk Semua Jenis Dan Jenama Autogate
Kami menyimpan juga pelbagai jenama autogate terkenal, termasuk Tronica® KRON, FBM, Dnor, OAE, DEA, Beninca, Nice, Genius, Gibili, dan Valet untuk servos pemasangan atau baiki. Daripada pelbagai jenama autogate terbaik yang kami bawa, kami sangat mengesyorkan autogate Tronica®. Terdapat dua jenis sliding autogate motor yang popular iaitu Tronica® 1500 Sliding Autogate dan Tronica® 2000 AC Sliding Autogate. Untuk swing/ folding pula model Tronica® 929 Arm Autogate System.
Kami komited untuk memberikan servis autogate yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira sliding autogate system atau arm autogate system. Hubungi Jacky di 018-207 9198 sekarang untuk maklumat lanjut. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau juga. Anda juga ke website kami https://kedaiautogate.com.my dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.

Leave A Comment