Autogate USJ – Tukar 1 Unit OAE 333A Arm Autogate

 

Hai semua. Baru-baru ini kami menerima panggilan daripada seorang customer di USJ Subang Jaya yang bertanya sama ada kami boleh tukar satu batang arm autogate sahaja. Customer beritahu arm autogate sebelah kanan sudah rosak, tetapi bila hubungi original autogate installer, mereka beritahu tak boleh tukar sebelah sahaja. Alasannya, mereka sudah tidak menyimpan spare parts untuk model autogate yang dipasang dahulu kerana kini menggunakan jenama lain. Jadi, mereka hanya menawarkan pemasangan satu set autogate yang baru. Customer rasa masih belum perlu tukar satu set kerana komponen autogate yang lain semuanya masih elok dan boleh digunakan.

Nasib baik customer jumpa kami. Di Kedai Autogate, kami memang menyimpan pelbagai jenis autogate spare parts untuk banyak jenama auotgate lama dan baru. Jadi, kalau hanya satu batang arm autogate yang rosak, kami boleh gantikan satu batang sahaja. Kalau kedua-dua belah rosak, kami juga boleh tukarkan kedua-duanya. Kami sentiasa cuba berikan penyelesaian yang lebih menjimatkan mengikut keadaan autogate customer, tanpa memaksa tukar satu set baru jika masih tidak diperlukan.

Kami dapati customer menggunakan OAE 333A Arm Autogate yang telah digunakan agak lama. Walaupun model ini sudah lama berada di pasaran, kami masih mempunyai OAE autogate spare parts yang ready stock. Selain itu, kami juga memperkenalkan kepada customer pilihan yang lebih baru iaitu Tronica® 929 Arm Autogate. Model ini menggunakan die-cast aluminium yang lebih kukuh, tahan lasak dan mempunyai reka bentuk yang lebih moden berbanding OAE 333A yang menggunakan full stainless steel. Kedua-dua pilihan tersedia, jadi customer bebas memilih mengikut bajet dan keperluan.

 

OAE Arm Autogate Repair USJ

OAE Arm Autogate Repair USJ

 

 

Memilih Tukar Dengan Tronica® 929 Arm Autogate

 

Selepas berbincang dengan isteri, customer akhirnya memilih untuk memasang Tronica® 929 Arm Autogate. Buat masa ini, mereka hanya mahu menukar arm autogate sebelah kanan yang rosak kerana sebelah kiri masih berfungsi dengan baik. Kami terus membuat pemasangan dan memastikan sistem autogate boleh beroperasi dengan lancar seperti biasa. Customer juga memaklumkan sekiranya arm sebelah kiri rosak pada masa akan datang, mereka akan menghubungi kami semula untuk memasang Tronica® 929 yang sama supaya kedua-dua belah menggunakan model yang seragam.

Di Kedai Autogate, kami sentiasa mengutamakan penyelesaian yang praktikal dan berbaloi untuk pelanggan. Kami tidak terus mencadangkan pemasangan autogate baru jika kerosakan masih boleh dibaiki atau hanya melibatkan satu komponen sahaja. Sama ada anda perlukan tukar satu batang arm autogate, repair autogate, tukar spare parts atau pasang sistem autogate baru, pasukan kami sedia membantu dengan servis yang cepat, kemas dan boleh dipercayai di seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Klang Valley.

 

Hubungi Kami Untuk Semua Servis Autogate Yang Kami Lakukan

 

Kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untuk bantu customer baiki autogate dengan hanya menggantikan bahagian autogate yang rosak, tak perlulah setiap kali ada masalah autogate, kena pasang set autogate yang baru. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama.

Kami juga sediakan pelbagai jenis spare parts autogate untuk jenama popular di Malaysia seperti Tronica®, Kron, FBM, Dnor, OAE, RDS, E8 dan banyak lagi. Kebanyakan jenama ni masih ada spare parts dan boleh diganti dengan mudah. Tapi ada juga kes di mana jenama lama dah tak keluarkan spare parts, jadi memang susah nak baiki. Dalam situasi macam tu, kami akan cadangkan untuk tukar arm kepada jenama lain yang lebih moden dan senang nak maintain di masa akan datang.

Tidak kira apa juga masalah autogate yang anda hadapi, kami sediakan membantu, sama ada masalah autogate arm, autogate tak boleh buka guna remote control, autogate pelaham, autogate buka separuh, autogate motherboard kena kilat, bracket autogate tercabutdan roda autogate lompat keluar dari trek. Dengan autogate team kami yang berpengalaman dan auto gate spare parts yang kami bawa, autogate anda dapat dibaiki pada waktu yang sama.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica® Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

 

 

 

 

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa penuh stok akan membantu

Jacky Pan

Call: 018 – 207 9198
Whatsapp:
www.wasap.my/60182079198
Youtube:
https://youtu.be/fm2Itj0BsgU