Italianor Arm Autogate Rosak, Ganti Dengan Tronica® Lebih Berbaloi

Ramai pemilik rumah yang menggunakan sistem Italianor autogate mengalami masalah berulang hingga akhirnya berhenti terus guna autogate mereka. Ada yang biarkan rosak berbulan-bulan, malah ada yang bertahun tak guna kerana dah bosan kerap rosak dan tiada bantuan daripada pemasang asal. Bila autogate tak berfungsi dengan baik, urusan keluar masuk pun jadi susah. Sebab itulah penting untuk dapatkan bantuan daripada kedai autogate yang benar-benar boleh dipercayai dan ada pengalaman.

Salah satu penyelesaian yang ramai pengguna berpuas hati ialah dengan tukar kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Tronica® bukan sekadar tahan lasak, tapi juga menggunakan komponen berkualiti tinggi yang dibuat sepenuhnya di Malaysia. Sistem ini memang direka untuk tahan lama dan sesuai dengan cuaca negara kita. Jadi tak perlu risau rosak dalam masa terdekat atau asyik kena panggil tukang baiki setiap bulan.

Folding Autogate Ampang

Folding Autogate Ampang

Ganti Italianor Arm Dengan Tronica® – Servis Autogate Ampang

Baru-baru ini kami terima panggilan daripada pelanggan di Ampang yang guna sistem Italianor tetapi kedua-dua arm autogate tak berfungsi dengan baik – sebelah rosak terus, sebelah lagi buka pelahan. Pelanggan ini pernah dapatkan bantuan tukang baiki autogate dari Ampang, tapi malangnya mereka tiada spare part Tronica® arm, dan terus sarankan tukar ke sistem autogate jenama lain. Tapi pelanggan tak setuju sebab dia baru saja tukar motherboard dan remote autogate, dan tak mahu membazir dengan tukar keseluruhan sistem.

Nasib baik ada kawannya yang dah lama guna Tronica® arm dan sangat puas hati. Dia terus rekomen Kedai Autogate untuk selesaikan masalah ni. Kami pun datang dan ganti kedua-dua arm autogate Italianor kepada Tronica® arm autogate original. Selain itu, pelanggan juga minta kami tukarkan roda autogate kepada stainless steel auto gate wheels untuk pergerakan yang lebih lancar dan tahan lama. Semuanya kami siapkan pada hari yang sama – cepat dan memuaskan!

Pasang Autogate Baru Ampang

Pasang Autogate Baru Ampang

Pasang & Servis Autogate di Seluruh Lembah Klang

Kedai Autogate sedia membantu anda untuk urusan pemasangan dan pembaikan autogate di seluruh kawasan Lembah Klang. Sama ada anda nak pasang sistem baru atau tukar komponen lama, kami ada pengalaman dan pasukan profesional untuk pastikan kerja dilakukan dengan kemas dan tepat. Harga pun berpatutan dan servis kami memang boleh dipercayai.

Untuk pengetahuan anda, Tronica® hanya bekerjasama dengan pengedar sah dan berpengalaman, dan Kedai Autogate merupakan salah satu daripadanya. Kami ada showroom sendiri, bengkel, dan lebih 20 tahun dalam industri autogate – jadi anda tak perlu risau soal kualiti pemasangan atau sokongan selepas jualan.

Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan baiki autogate di seluruh Lembah Klang. Untuk semua keperluan pembaikan autogate anda. Cari kedai autogate near me, untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.