Roda Autogate Tercabut? Gantikan Dengan Stainless Steel Autogate Roller

Selamat Pagi. Dekat Shah Alam ni, ada seorang customer yang memang dah lama hadapi masalah roda autogate. Mula-mula dulu autogate roller selalu lari track, lepas tu roller jem pulak. Tapi customer masih biarkan saja sebab fikir boleh tahan lagi. Akhirnya, sampai roda besi autogate tu tercabut terus. Masa tu barulah kelam kabut cari kontraktor yang boleh betulkan. Nasib baik jiran dia pernah guna servis kami untuk tukar roller autogate 4 tahun lepas, jadi terus rekomen kami. Memang lebih selamat kalau panggil auto gate specialist, sebab bukan setakat tukar roda, tapi sekali dengan setting balik motor level & alignment supaya gate jalan smooth.

Kebetulan team kami tengah buat kerja tak jauh dari kawasan rumah dia. Jadi bila customer hubungi, kami boleh terus datang tengok keadaan autogate tu. Memang betul, roller dah rosak teruk sampai autogate susah nak berfungsi. Kalau biarkan lagi, bukan setakat susah nak buka tutup pagar, tapi boleh jejaskan motor autogate juga. Bila sampai, kami terus buat pemeriksaan dan cadangkan penyelesaian paling sesuai untuk elakkan masalah berulang.

Walaupun pagar customer jenis metal gate design, kami tetap recommend tukar kepada stainless steel bottom wheels. Sebab roda jenis ni memang tahan lasak, tak mudah karat, dan confirm boleh pakai lama. Customer pun setuju dengan cadangan tu sebab tak nak lagi asyik ulang masalah sama. Lepas siap tukar, kami terus adjust balik motor & alignment bagi semua balance. Sekarang autogate customer dah jalan lancar macam baru, customer pun lega tak perlu risau lagi.

Autogate Wheel Damaged Shah Alam

Autogate Wheel Damaged Shah Alam

Kenapa Folding Autogate Selalu Ada Masalah Roller?

Sekiranya anda ada folding auto gate system, memang biasa akan jumpa masalah pada roller. Selalu customer bagitahu mula-mula roller tu jalan tak smooth, lepas tu asyik melompat keluar dari trek. Ada juga kes roda jadi senget sampai autogate tersekat nak buka atau tutup. Paling teruk bila roda autogate tercabut terus atau wheel damaged, masa tu baru kelam kabut nak cari orang untuk betulkan. Sebenarnya kalau repair awal-awal masa nampak tanda awal, kerja lebih senang dan kos pun lebih jimat. Tapi kebanyakan orang tunggu last minute, bila dah teruk sangat barulah panggil kami, dan nak cepat siap pulak tu.

Sebab tu bila kami buat kerja auto gate roller replacement, kami memang gunakan roda autogate yang berkualiti tinggi serta ikut cara pemasangan yang betul supaya tahan lebih lama ?. Tapi kami selalu berterus terang dengan customer, untuk folding autogate ni masalah roller tak boleh nak elak sepenuhnya. Sebab sistem folding autogate ada banyak bahagian bergerak, jadi risiko roller rosak atau lari track tu memang tinggi. Disebabkan itu juga kami tak bagi warranty untuk replacement job ni, sebab memang sifat sistem folding autogate tu sendiri yang akan selalu bagi cabaran. Apa yang kami boleh pastikan, bila tukar dengan roda yang lebih kuat dan tahan karat, autogate anda boleh tahan lebih lama sebelum muncul masalah baru.

Folding Auto Gate Roller Shah Alam

Folding Auto Gate Roller Shah Alam

Baiki Dan Tukar Roda Autogate Di Klang Valley

Hubungi Kedai untuk pasang roda autogate baru dan tukar roda autogate baru untuk folding gate anda. Sama ada roda autogate tercabut ataupun masalah roda autogate selalu melompat keluar dari. Hampir setiap hari kami lakukan service repair auto gate roller in Klang Valley. Autogate wheels kami merupakan high quality auto gate rollers, kami guna material stainless steel 304 auto gate rollers. Memang akan tahan lama. Jadi cepat hubungi kami sekarang.

Kami sudah lama dalam industri autogate ini, apa jua masalah gate dan autogate kami berjaya menyelesaikannya. Hampir beribu-ribu unit rumah kami telah membuat pemasangan Tronica® arm autogate system. Kerana itu kami sentiasa diberi kepercayai dan menjadi servis yang paling terbaik untuk pemasangan autogate dan repair autogate di Lembah Klang. Untuk semua keperluan autogate anda, sila hubungi Jacky di di 018-207 9198 atau whatsapp www.wasap.my/60182079198 dan youtube https://youtu.be/fm2Itj0BsgU untuk lebih info.