OAE Autogate Bermasalah Selepas Hujan Lebat Di USJ

Baru-baru ini kami terima banyak panggilan servis berkaitan dengan swing autogate yang tiba-tiba tak boleh buka selepas hujan lebat. Salah satu kes berlaku di USJ Subang Jaya, di mana customer pagi tu nak keluar rumah, tapi autogate langsung tak bergerak. Katanya malam sebelum tu ada trip elektrik, mungkin sebab hujan dan kilat. Bila dia cuba hubungi installer asal, tak dapat datang hari tu, malah tak pasti bila boleh datang. Jadi, dia cari auto gate repairer yang boleh datang segera, dan jumpalah kami Kedai Autogate. Hari yang sama dia call, hari tu jugalah kami datang dan selesaikan masalah autogatenya.

Lepas kami buat pemeriksaan, rupanya punca autogate tak boleh buka ialah kerana control panel dan receiver remote dah rosak sebab dimasuki air. Customer ni memang dah lama guna sistem tu, dan kotak autogate pun jenis lama yang senang dimasuki air bila hujan lebat. Jadi kami terus tukarkan control panel, receiver remote dan kotak autogate baru. Kami guna kotak jenis heavy duty yang ada penutup kemas air memang tak boleh masuk. Semua kerja ni siap dalam satu masa juga sebab kami bawa lengkap semua spare parts dan technician kami memang berpengalaman.

Apa Punca Autogate Tidak Berfungsi?

Musim hujan ni memang banyak jadi kes macam ni. Air hujan boleh merosakkan komponen elektrik dalam sistem autogate, terutama kalau kotak autogate tak tertutup rapat atau jenis plastik nipis yang mudah bocor. Bila air dah masuk, bukan saja receiver boleh rosak, control board pun boleh terbakar atau pendek litar. Kalau ada kilat masa hujan, risiko rosak lagi tinggi. Jadi, kalau sistem autogate anda tiba-tiba tak boleh buka lepas hujan, jangan terus fikir motor rosak mungkin hanya komponen elektronik je yang bermasalah.

Biasanya kotak autogate ni dipasang dekat luar rumah, berhampiran dengan pagar kawasan yang paling banyak kena hujan dan panas. Malangnya, banyak rumah tak ada awning atau bumbung yang lindungi kotak ni. Itu sebabnya penting sangat guna kotak PVC yang betul-betul berkualiti tinggi, bukan sekadar kotak plastik murah yang mudah retak atau bocor. Kotak yang baik akan tahan lama, kemas tertutup dan lindungi semua wiring dan board dalam tu daripada hujan, habuk dan serangga.

Jadi kalau anda alami masalah autogate tak boleh buka lepas hujan, atau selalu trip bila hujan lebat, jangan tunggu lama-lama. Hubungi je kami di Kedai Autogate, kami akan bantu buat pemeriksaan, kenal pasti masalah dan terus selesaikan hari yang sama jika ada stok spare part. Tak kisah jenama apa sekalipun kami ada spare part pelbagai jenis dan technician kami memang mahir. Bila sistem autogate anda dijaga elok, anda tak perlu risau setiap kali musim hujan tiba!

Swing Autogate Tak Boleh Buka USJ

Swing Autogate Tak Boleh Buka USJ

Baiki Autogate Dengan Kedai Autogate

Macam mana cara autogate repair kami, pertama beritahu masalah autogate yang anda hadapi. Kedua hantar gambar autogate untuk kami kenalpasti model/ brand auto gate yang anda gunakan dan buat persediakan spare parts autogate. Ketiga jurutera dan juruteknik kami akan buat pemeriksaan bagi mencari auto gate parts mana yang bermasalah. Keempat terangkan apa yang rosak, berapa kos baiki autogate dan dapatkan persetujuan customer. Kelima ambil spare parts autogate dalam van service kami dan terus gantikan. Keenam buat testing untuk pastikan autogate berfungsi semula.

Kami sudah lama dalam industri autogate ini, apa jua masalah gate dan autogate kami berjaya menyelesaikannya. Hampir beribu-ribu unit rumah kami telah membuat pemasangan Tronica arm autogate sistem. Kerana itu kami sentiasa diberi kepercayai dan menjadi servis yang paling terbaik untuk pemasangan autogate dan repair autogate di Lembah Klang.

Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.

Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)

Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198

Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu

Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp:
www.wasap.my/60182079198

Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU