Pasang Autogate Baru Subang Jaya – Tronica® Swing Arm Autogate System
Baru-baru ini kami sekali lagi dihubungi customer dari Subang Jaya yang menghadapi masalah dengan Underground autogate uk patern underground swing autogate di rumahnya. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami datang membantu. Tahun lepas kami pernah gantikan autogate control panel yang rosak dan pada masa itu kami juga ada mencadangkan supaya tukar kepada sistem autogate yang baru. Tetapi ketika itu customer memilih untuk baiki dahulu underground autogate tersebut. Customer juga ada beritahu, jika underground autogate rosak lagi pada masa akan datang, dia akan pertimbangkan untuk pasang autogate baru.
Semalam malam customer hubungi kami semula kerana autogate tiba-tiba bermasalah semasa ingin keluar pergi dinner. Sebelah underground autogate tidak boleh buka langsung dan sebelah lagi pula tidak buka sepenuhnya. Keadaan jadi lebih susah kerana untuk buka secara manual pun tidak boleh sebab kunci underground autogate lock sudah hilang. Disebabkan itu customer akhirnya membuat keputusan untuk tukar kepada sistem baru. Kami telah melakukan pemasangan Tronica® 929 Arm Autogate System bagi menggantikan sistem supermax underground swing autogate lama tersebut supaya autogate boleh digunakan dengan lebih lancar dan mudah pada masa akan datang.
- Tronica® Heavy Duty Swing Arm x 2
- Autogate Control Board
- Transformer
- Backup Battery
- PVC Box
- Remote Control x 3
Semua autogate components di atas adalah heavy duty autogate motor dan high quality autogate components diberikan.

Swing Autogate Installation Subang Jaya
Underground Autogate Lama Boleh Rosak Bila-bila Masa
Jika autogate rumah anda selalu rosak atau kerap ada masalah, sudah tentu ia boleh menyusahkan kehidupan harian. Bayangkan setiap hari perlu buka dan tutup gate secara manual, lebih-lebih lagi ketika hujan atau waktu hendak keluar kerja dengan cepat. Masalah seperti ini sering berlaku pada autogate yang sudah lama digunakan, terutamanya sistem underground swing autogate. Sistem ini sudah lama berada di pasaran dan kebanyakan unit yang masih digunakan sekarang pun sudah berumur, jadi tidak hairanlah jika ia mula kerap rosak atau tidak berfungsi dengan baik.
Berdasarkan pengalaman kami dalam bidang autogate, ada sesetengah kes di mana kos membaiki autogate lama sudah tidak lagi berbaloi. Kadang-kadang hari ini baiki satu bahagian, beberapa bulan kemudian rosak pula bahagian lain. Untuk sistem underground swing autogate, spare parts juga semakin susah untuk didapati kerana model ini sudah kurang digunakan. Disebabkan itu, kos repair underground autogate biasanya lebih tinggi dan proses membaikinya juga mengambil masa yang lebih lama.
Sebab itu dalam beberapa situasi, kami akan cadangkan kepada customer untuk pertimbangkan pemasangan autogate baru yang lebih moden dan berkualiti. Autogate model terbaru biasanya lebih senang diselenggara, spare parts mudah didapati dan sistemnya juga lebih stabil. Dengan memasang autogate baru, anda bukan sahaja dapat elakkan masalah rosak berulang, tetapi juga memberi ketenangan dan keselesaan setiap kali menggunakannya. Walau bagaimanapun, keputusan tetap di tangan anda dan kami hanya memberikan penerangan serta cadangan yang terbaik berdasarkan keadaan autogate anda.

Tronica Autogate Subang Jaya
Tukar Underground Autogate Lama Dengan Tronica® Autogate
Ramai yang dulu menggunakan underground autogate lama dengan jenama seperti Radion, Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, DKC, X gate, DC max, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, Elock telah bertukar kepada sistem autogate baru iaitu Tronica® 929 Arm Autogate System dan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Hubungi kami untuk pemasangan autogate baru dengan Tronica® Arm Autogate System. Kualiti servis autogate terbaik yang kami akan berikan yang pastinya anda akan berpuas hati seperti semua customer kami.
Memang kami akan recommend pasang autogate baru kalau ada masalah dengan underground autogate yang dah belasan tahun mereka guna. Underground swing auto gate system ini kan sistem lama, dah tak ramai yang pakai, spare parts autogate dah limited itu yang underground auto gate repair cost agak tinggi dan tak semua auto gate installer, auto gate repair boleh buat. Kami cakap berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini. Dapatkan Tronica® Arm Autogate System yang merupakan heavy duty autogate arm dan berkualiti tinggi.
Untuk keterangan lanjut mengenai Tronica Autogate System kami atau produk lain, sila hubungi di 018 – 207 9198.

Kami boleh membaiki sistem autogate anda hanya dalam 3 langkah mudah dan cepat.
Langkah 1 : Tangkap 3 – 5 gambar (Gate & Autogate Motor Sekali)
Langkah 2 : Whatsapp gambar dan alamat ke www.wasap.my/60182079198
Langkah 3: Juruteknik yang terlatih dengan membawa van penuh stok akan membantu
Jacky Pan
Call: 018 – 207 9198
Whatsapp: www.wasap.my/60182079198
Youtube: https://youtu.be/fm2Itj0BsgU

Leave A Comment